Dipetik dari Facebook Liyana Marzuki
23 October
1. Dulu masa Perang Dunia Kedua, England punya Kabinet Perang. Perdana Menterinya, Winston Churchill lantik Menteri Kabinet dari kedua2 blok. Blok Kerajaan dan Pembangkang.
2. Tujuannnya ada 2, masa perang, mereka perlukan “the best brains” yang ada. Jadi amat perlu lantik Menteri berkaliber, walaupun datang dari parti lawan.
3. Tujuan kedua pula, Churchill nak kan stabiliti politik. Kalau dia dah letak parti lawan dalam Kabinet, sama2 chip in untuk negara, parti lawan nak hentam banyak pun tak boleh. Orang depa dalam tu. Nak kata apa.
4. Sama juga dengan Indonesia. Presidennya punya otak yang sama. Masa menang pilihanraya Presiden baru-baru ini, Jokowi lantik lawannya jadi Menteri Pertahanan. Ramai terkejut.
5. Kena ingat Menteri Pertahanan tu mengawal bala tentera Indonesia. Punya powerful. Bila-bila boleh rampas kuasa, tapi selamba Jokowi beri portfolio itu pada lawannya.
6. Bukan itu saja, Jokowi lantik juga geng parti lawan lain dalam Kabinetnya. Makanya, politik Indonesia sekarang stabil sekali. Mereka fokus bangunkan negara sama2. Kurang sangat in fighting dalam negara. Orang2 Indonesia sekarang pun tenang-tenang saja.
7. Punya baiknya pemerintahan Jokowi ini, banyak rakyat dah suruh Kerajaan pinda Perlembagaan. Bagi membolehkan Jokowi memerintah 3 penggal.
8. Tapi itu cerita di Indonesia. Presidennya sudah berkuasa lama. Di Malaysia pula, satu penggal sampai 3 Perdana Menteri.
9. Jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Bukan oleh parti lawan sahaja, malah oleh parti sendiri. Pastu parti ni buat propaganda mereka hendak kan stabiliti?
10. Kerajaan yang stabil versi politikus yang dangkal, ialah bilamana mereka punya 2/3 majoriti. Takpun, mereka perlu kerusi paling dominan sekali. Dengan punya kuasa begitu, pada mereka, mereka boleh buat apa saja. Pihak lawan tak boleh buat apa.
11. Kerajaan yang stabil versi Rakyat jelata, apabila politikus ini sama2 buat kerja. Sama2 betulkan dan bangunkan negara. Bukan bergaduh nak kuasa sahaja. Tapi bila naik tak pandai buat kerja. Menyusahkan kita lagi ada.
12. Pada saya, at this juncture, amat bahaya kalau kita undi Kerajaan yang dominan dengan 2/3 majoriti. Pada mereka kononnya itulah stabiliti. Pada kita akan memudaratkan nanti.
13. Ada parti yang terpalit teruk dengan rasuah dan salahguna kuasa. Ada juga blok yang punya isu minority control majority. Blok lagi satu, geng2nya tak kompeten pula. Makanya kalau serahkan mereka kuasa cukup dominan, dengan 2/3 majoriti, apa pun boleh terjadi pada negara. Tak baik untuk rakyat juga.
14. Itu sebab saya dari awal dulu, promosikan konsep Kabinet Perang/ Kerajaan Perpaduan. Siapa pun naik jadi Perdana Menteri, tolonglah pertimbangkan. Lantik Menteri yang berkredibel walaupun dari parti lawan. Elakkan patron politik dan Menteri tangkap muat.
15. Mulai tahun depan, kita perlu mula berperang. Bukan perang angkat senjata. Tapi perang menggunakan minda. Ekonomi dunia akan lebih menjunam. Recession makin menghampiri. Pemimpin kita kena fokus dan sedar diri.
16. Perangnya mengadap apa yang datang dari luar. Bukan perang sesama sendiri. Kabinet Perang lah jawapannya. Itulah makna stabiliti. Bukan versi 2/3 majoriti, yang Parti Keramat amat ingini.
17. Tugas kita sebagai rakyat biasa, MESTI keluar mengundi. Deny them 2/3 majoriti. Undi calon bukan hanya undi parti. Kita kena angkat MP berkualiti. Agar bila habis PRU15, PM punya banyak pilihan nak lantik Menteri. Set2 berkualiti.
18. Siapa pun Perdana Menteri selepas ini, pertimbangkanlah Kabinet Perang ini. Kena ingat tugas anda untuk menyelamatkan negara, bukan hanya menangkan parti.
Salam hormat,
Liyana Marzuki