Siapakah yang berkuasa mengisytiharkan perang?
Copy paste from https://www.facebook.com/MalaysiaMilitaryPower/posts/2285926614763675:0?__tn__=K-R
Untuk pengetahuan semua rakyat Malaysia, Negara kita belum pernah mengisytiharkan perang keatas mana2 Negara di muka bumi ini.
Tetapi Negara kita berberapa kali mengisytiharkan DARURAT.
Bagi memperbetulkan persepsi yang dipermainkan oleh orang yang bukan sahaja tiada kredibility kerana mabuk, dan juga berberapa kali membuat keputusan yang sangat meragukan kerana kelihatan melindungi ketidakadilan.
Maka saya mulakan dengan Bismillah.
YDP Agong adalah “de jure head of the state” (Ketua Negara yang sah) manakala Perdana Menteri adalah “de facto head of government” (Ketua Hakiki Kerajaan ).
Bahasa mudahnya ialah Check and Balance.
Perkara 149 – 151 Perlembagaan Malaysia
Perkara 149,150 dan 151 terletak di bahagian ke-11 Perlembagaan Persekutuan. Bahagian ini berkaitan dengan kuasa khas menentang perbuatan subversif, keganasan terancang, dan perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darurat.
Dalam artikel ni Admin nak petik Perkara 150 sahaja iaitu.
Perkara 150 : Proklamasi darurat
Darurat sering dikaitkan dengan keadaan huru-hara dan kacau-bilau dan ketidakstabilan politik yang berlaku dalam sesebuah negara.
Darurat Pertama
Darurat ini dibuat oleh kerajaan British pada tahun 1948 untuk mengatasi ancaman pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya.
Darurat Kedua
Darurat ini diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1964. Ianya berlaku ketika negara kita di ancam oleh Indonesia dengan serangan dan penyusupan oleh Tentera Indonesia. Konfrantasi terjadi apabila Indonesia cuba menganyang Malaysia namun gagal dan kalah.
Askar-askar Indonesia telah mendarat Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Darurat Ketiga
Darurat ini diisytihar oleh kerajaan pada tahun 1966. Perisytiharaan ini adalah untuk menyelesaikan pertikaian politik yang membahayakan keselamatan di Sarawak.
Darurat Keempat
Darurat ini diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1969. Perisytiharaan darurat ini dibuat disebabkan berlakunya peristiwa rusuhan kaum yang telah meletus pada 13 Mei 1969.
Darurat Kelima
Darurat ini diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri pada tahun 1977. Perisytiharan darurat ini adalah untuk menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di Kelantan.
Seperti yang kita lihat kecuali Darurat pertama hampir kesemua pengisytiharan Darurat di lakukan oleh YDPA.
YDPA di beri kuasa oleh perlembagaan untuk isytiharkan darurat diatas nasihat jemaah menteri.
Namun bolehkah YDPA isytiharkan Darurat tanpa nasihat jemaah menteri?
Perkara 150(1)
Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada YDPA untuk mengistiharkan darurat apabila wujud keadaan yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan, atau mana-mana bahagian terancam.
Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan telah mewajibkan YDPA bertindak atas nasihat jemaah menteri.
Perkara 150 (2)
Perkara 150(2) memberi kuasa kepada YDPA untuk mengisytihar darurat sebelum berlakunya keadaan yang akan mengancam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya. YDPA mempunyai kuasa untuk mengisytiharakan suatu darurat walaupun hanya terdapat tanda-tanda bahawa kejadian yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam itu akan berlaku. Perkara 150(2) memberi kuasa kepada YDPA untuk membuat perisytiharan darurat jika baginda berpuas hati bahawa ada kemungkinan yang hampir kejadian yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam itu akan berlaku.
Perkara 150 (2B)
Undang-undang yang dibuat oleh YDPA semasa darurat diisytiharkan dan berkuatkuasa dikenali sebagai Ordinan darurat. Perkara 150(2B) memberi kuasa kepada YDPA untuk membuat serta mengisytiharkan ordinan darurat atas nasihat Jemaah Menteri kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen bersidang serentak. Ordinan hanya boleh dibuat oleh YDPA apabila Parlimen tidak bersidang.
Dalam kes PP v Khong Teng Khen , Khong Teng Khen telah didakwa atas kesalahan memiliki senjata api dan amunisi di bawah Seksyen 57(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Dia kemudiannya telah dibicarakan di bawah ESCAR 1975. ESCAR 1975 merupakan peraturan-peraturan yang dibuat oleh YDPA di bawah kuasa yang diberi kepada baginda di bawah Ordinan Darurat 1969. Khong Teng Khen telah mencabar keesahan ESCAR 1975 atas alasan peraturan ini tidak berperlembagaan. Pihak Khong Teng Khen telah menghujah bahawa ESCAR dibuat pada 20 Februari 1971 iaitu selepas parlimen telah bersidang semula. Untuk menjalankan pilihan raya umum 1969, parlimen telah membubar sejak Mac 1969 sehingga Februari ( sebelum 20 Februari1971). Perkara 150 (2B) telah menyata dengan jelas YDPA tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat ordinan atau peraturan darurat selepas parlimen bersidang. Walaubagaimanapun, Mahkamah Persekutuan telah menolak hujahan pihak Khong Teng Khen dan memutuskan bahawa ESCAR1975 adalah sah walaupun dibuat oleh YDPA selepas parlimen mula bersidang. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Walaupun parlimen sudahpun bersidang, YDPA mempunyai kuasa membuat peraturan darurat di bawah ordinan darurat, tetapi bukannya di bawah Perkara 150(2) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 150 (2C)
Perkara 150(2C) telah memperuntukan ordinan-ordinan darurat yang dibuat dan diisytihar oleh YDPA di bawah perkara 150 (2B) hendaklah berkuatkuasa sama seperti akta darurat yang dibuat oleh Parlimen di bawah perkara 150(5). Ini bermakna kuasa membuat ordinan darurat yang dimiliki oleh YDPA mempunyai keluasan yang sama dengan kuasa parlimen untuk membuat akta darurat. Boleh dikatakan, semasa darurat, YDPA dan parlimen memegang kuasa yang sama besar untuk membuat undang-undang darurat. Ini juga bermakna ordinan darurat yang dibuat oleh YDPA mempunyai taraf yang sama dengan akta darurat yang dibuat oleh parlimen.
Perkara 150 (3)
Perkara 150(3) menyatakan bahawa ordinan yang dibuat oleh YDPA perlu dibentangkan di dalam dua dewan parlimen untuk mengesahkan atau membatalkan peristiharaan itu. Namun begitu, jika perisytiharaan itu dibatal oleh parlimen, YDPA masih mempunyai hak untuk mengisytiharkan oridnan tersebut dengan alasan lain.
Perkara 150 (4)
Fasal 4 dalam perkara 150 menyatakan bahawa semasa perisytiharaan darurat berkuatkuasa, kuasa pemerintahan Persekutuan adalah meliputi apa-apa perkara di bawah kuasa perundangan sesuatu negeri. Pemerintah persekutuan mempunyai hak untuk memberi arahan kepada kerajaan negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa negeri tersebut. Dengan kata yang lain, pembahagian kuasa perundangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diperuntukkan dalam Jadual sembilan Perlembagaan Persekutuan boleh diketepikan. Perkara 150(4) juga memberi kuasa kepada pemerintah Persekutuan untuk meminda perlembagaan sesebuah negeri. Hal ini pernah berlaku di Sarawak pada tahun 1966 dan Kelantan pada tahun 1977.
Perkara 150 (5)
Perkara150(5) memperuntukkan bahawa semasa perisytiharaan darurat berkuasa, parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat bahawa undang-undang itu amat dikehendaki untuk memulihkan keselamatan dan keamanan. Dengan kata lain, parlimen mempunyai kuasa yang luas dan berbeza dengan keadaan biasa dalam membuat apa-apa undang semasa keadaan darurat. Jadual kesembilan yang membahagi kuasa perundangan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan ditepikan dalam keadaan darurat.
Perkara 150 (6)
Perkara 150(6) membenarkan Parlimen atau Yang di-Pertuan Agong meluluskan apa juga undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah ia diisytiharkan. Undang-undang untuk tujuan ini dibenarkan walaupun ia tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan.
Perkara 150 (6A)
Walaupun begitu terdapat satu perlindungan yang penting dalam fasal (6A) iaitu kuasa ini tidak boleh diperluas dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu. Perkara 150(6A) menegaskan, terdapat enam hak yang tidak boleh digugat walaupun negara dalam keadaan darurat iaitu hak berkaitan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan bahasa.Ketertinggian kedudukan undang-undang Islam dapat dilihat daripada peruntukan ini dengan memperuntukkan kuasa legislatif semasa darurat tidak boleh membabitkan perkara berkaitan undang-undang Islam. peruntukan ini jelas memelihara hal ehwal Islam walaupun dalam keadaan darurat yang memberi kuasa kepada pihak eksekutif untuk membuat undang-undang yang pada keadaan biasa, undang-undang hanya boleh dilakukan di Parlimen dan kerajaan pusat boleh mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri. Ini menunjukkan bahawa walaupun kuasa darurat yang sangat luas tetapi tidak termasuk perkara yang berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Ini menunjukkan hal yang berkaitan dengan agama Islam diberi status yang tinggi dalam perlembagaan.
Perkara 150 (7)
Dalam Perkara 150 (7), sesuatu ordinan darurat itu diberikan nafas selama enam bulan lagi untuk berkuat kuasa selepas dari tarikh tamat darurat itu. Selepas daripada tempoh itu, ordinan dan peraturan itu, tidak akan berkuat kuasa lagi. Sungguhpun banyak syarat yang menjadi prinsip semasa darurat dilakukan, perisytiharan darurat oleh YDPA tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana mahkamah pun.
Perkara 150 (8)
Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa perisytiharan sesuatu darurat tidak boleh disemak dan dicabar di mahkamah.
kerajaan telah mengambil keputusan untuk meminda Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1981 melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981. Melalui pindaan ini, Perkara 150(8)yang baru telah dimasukkan. Dalam Perkara 150 (8A) dan Perkara 150 (8B) menekankan bahawa, tiada mahkamah yang berkuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding mengenai kesahan perisytiharan yang dibuat YDPA berkaitan dengan tempoh kesinambungan darurat, undang-undang dan operasi darurat.
Perkara 150 (9)
Fasal terakhir dalam perkara 150 Perlembagaan Persekutuan iaitu Fasal (9) pula menyatakan tentang ‘ bagi maksud Perkara ini Majlis-majlis Parlimen hendaklah dianggap sebagai bersidang hanya jika ahli tiap-tiap satu Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu”.
Tahniah kepada yang baca sampai habis. Bermakna korang ni satu kelas lebih tinggi dari orang lain.
Sekain.
MMP
sumber
http://www.jpapencen.gov.my/CA…/Published/perkara150-Ma.Html
https://malaysiamilitarypower.blogspot.com