Oleh Mej Mior Rosli TUDM (Bersara) J.S.D, P.P.A, P.J.M.
Presiden PSPRM
19hb Februari 2023
PENDAHULUAN
Terlebih dahulu patek pacal yang hina ini merafak sembah dan mohon ampun kebawah DYMM SPB YDPA atas tulisan patek yang mungkin mencabar dan mempersoalkan tatacara pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Angkatan Tentera (termasuk Darjah-Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis), Darjah-Darjah Gagah Perkasa, dan Pingat-Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Kelakuan Terpuji yang di anugerahkan di peringkat Persekutuan. Ampun Tuanku sembah patik mohon di ampun. Tujuan patik menulis artikel ini henya untuk memberi pandangan dan pendidikan pada para Veteran ATM supa mereka tidak keliru tentang tawaran dan janji yang di buat oleh pemimpin politik dan KEMENTAH. Ampun Tuanku.
LATARBELAKANG
Rakan-rakan veteran seperjuangan sekalian. Dari tahun ke setahun sejak 2004, ,saya melihat ramai para veteran yang telah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera dalam zaman darurat kedua negara (1969-1989) menagih untuk mendapat PINGAT JASA MALAYSIA (P.J.M) terutama beberapa tahu kebelakangan ini. Jika kita baca kateria yang terdapat di Bahagian Istiada JPA, P.J.M ini dizahirkan pada 3 Mac 2004 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai keperwiraan, keberanian, pengorbanan atau kebaktian yang cemerlang yang ditunjukkan dalam menjalankan tugas untuk tempoh tertentu oleh Angkatan Tentera Malaysia dan juga anggota Pasukan Pengaman dari negara-negara sahabat di kalangan anggota Angkatan Tentera, Separa Tentera, Polis dan Kakitangan Awam Keselamatan. Tetapi apa yang kita perhatikan yang membuat tuntutan hanyalah veteran ATM sahaja.
Jika tidak silap saya, P.J.M ini mula di perkenalkan berikutan pencen veteran ATM tidak di selaraskan pada tahun 2004. Para veteran ATM merasakan pengorbanan mereka semasa darurat kedua tidak di kenang oleh kerajaan. Maka kerajaan ketika itu mendesak supaya satu penghargaan di beri kepada veteran ATM yang telah berkorban mempertahankan negara semasa darurat kedua. Walaupun P.J.M. ini dizahirkan pada tahun 2004, Penganugerahan pertama di lakukan lebih kurang 5 tahun kemudian.Syarat-syarat untuk dianugerahkan amat ketat pada mulanya. Para veteran di kehendaki mengisi borang permohonan untuk mendapatkan pingat tersebut. Pemohon perlu photostat buku biru/merah dan membuktikan yang dia pernah berkhidmat dalam operasi darurat kedua. Sememangnya saya merasa amat pelik kerana ATM mempunyai Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP) nya sendiri dan kenapa memerlukan bukti-bukti dari para veteran. Setahu saya ( kerana saya juga asalnya seorang pegawai Cawangan Urusetia TUDM sebelum menjadi Pegawai HANDAU/PASKAU) rekod orang pertama masih tersimpan di JRP. Ini mebuat ramai veteran malas untuk me.ohon. Pada lebih kuran tahun 2013, borang permohonan ini tidak lagi perlu dan pingat ini dia anugerahkan dengan hanya memberi nama sahaja.
Dalam diam -diam Pasukan Polis Diraja Malaysia juga mengikut langkah ATM dengan mewujudkan PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA (P.J.P.N.) Pingat ini mula dizahirkan pada 5 Februari 2014 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai keperwiraan, keberanian, pengorbanan atau kebaktian yang cemerlang di kalangan Polis Persekutuan Tanah Melayu atau Polis Diraja Malaysia semasa menjalankan tugas di negara ini dalam sesuatu tempoh tertentu.
Pada tahun 2015, sebuah peperangan kecil telah belaku di Negeri Sabah dan sekali lagi Kerajaan mengwujudkan PINGAT KEDAULATAN NEGARA (P.K.N.) Pingat ini diizahirkan pada 26 Januari 2015 dan dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kebaktian cemerlang pasukan keselamatan, kakitangan keselamatan awam, kakitangan awam dan swasta serta orang awam yang terlibat semasa operasi keselamatan di Sabah yang dikenali sebagai Op Daulat.
Pada tahun 2018/2019 kerajaan telah menghantar pasukan ATM dan pesawat C130H ke Arab Saudi (bukan di bawah PBB) untuk membantu negara itu meyerang Yamen. Adalah di percayai mereka yang di kerahkan telah di anugerahkan dengan pingat Arab Saudi tetapi saya di fahamkan anggota tidak dibenarkan memakainya. Belainan pula dengan anggota yang berkhidmat di bawah panji-panji PBB, di mama mereka di benarkan memakai pingat PBB.
PUNCA ISU SEMASA
Saya berpendapat isu PJM menjadi isu nasional kerana janji-janji oleh Menhan Dato Seri Hishamuddin sejak 2014 untuk memberi elaun kepada penerima PJM. Janji-janji ini di buat kerana untuk menutup tuntutan Para Veteran ATM mengenai penyelarasan pencen dan pencen untuk veteran yang tak berpencen. Apabila kerajaan bertukar, Dato Seri Mohamad Sabu mengambil alih menjadi Menhan telah terus membayar elaun “One Off” kepada semua penerima PJM. Masalahnya ramai yang layak masih belum dianugerahkan dengan PJM. Saya tidak tahu berapa orang yang dapat dan berapa yang tidak dapat.
PERSOALAN SAYA MENGENAI KEDUDUKAN PJM
Saya berpendapat bahawa cara Menhan, ATM dan KEMENTAH meyelesaikan masalah pencen tini adalah sangat-sangat tidak bijak dan tidak professional. Hujahan saya adalah berdasarkan kepada beberapa kenyataan dan persoalan seperti berikut:
1. Pada saya PJM ini adalah tergulung dalam klas pingat Peringatan terhadap PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI seperti, PK, PKB, PPS, KPK PPA dan PPM. Jika PJM hendak di beri elau kenapa Pingat-Pingat lain itu tidak di beri elaun juga?
2. Taraf kekananan PJM jatuh nombor 30 dari 33 jenis Pingat-Pingat Persekutuan. Hanya pingat SP (No.1), PGB (No.19) dan PTU (No.21) yang di anugerahkan sendiri oleh YDPA mendapat elaun dari RM1000 hingga RM5000 sebulan sepanyang hayat. Adakah PJM setaraf dengan Tiga pingat tersebut?
3. ATM juga banyak berkhidmat dalam pentempuran peperangan dan memperolihi pingat seperti PKN (Lahad Datu), PKB dan PPM(konfrantasi Indonesia). Adakah Pingat-Pingat ini tidak layak dapat elaun?
4. Apabila ATM dianugerahkan dengan PJM, Pasukan Polis Diraja Malaysia mengwujudkan P.J.P.N. tidak di nafikan bahawa PDRM juga terlibat dengan kedua-dua darurat. Jika Veteran ATM tuntut elaun PJM, tidak mustahil Pesara PDRM akan tuntut elaun yang sama. Mampukah kerajaan membayarnya?
5. Menhan dan Kementah membuat janji yang sukar di laksanakan, ia itu untuk memberi elaun kepada Penerima PJM. PM ketika itu yang telah mengambil Rm 4Billion wang dari KWAP untuk anak syarikat 1MDB (SRC) pada tahun 2011 dan 2012.. PM telah membuat keputusan di parlimen untuk menaikkan pencen 2% setiap tahun secara otomatik kepada semua pesara awam. Akta penyelarasan pencen 1980 telah dipinda tetapi peraturan pencen dan faedah lain Anggota tetap 1982 tidak dipinda. Persoalannya siapakah yang memberi arahan untuk selaras pencen veteran ATM dengan kadar 2% setiap tahun jika Peratuan pencen ATM 1982 tidak di penda?
6. Sekiranya kerajaan membuat janji untuk beri elaun bulanan kepada veteran ATM, sudah pastinya PDRM akan tuntut elaun yang sama. Duit ini pastinya akan di tanggung oleh pembayar cukai dan kerajaan sendiri. Tidak kah ini akan menjadi beban kewangan kepada kerajaan?
7. Setiap kali ada Penganugerahan PJM vetetan terpaksa memohon . Kenapa Kementa tidak menyemak dengan JRP dan anugerah pingat ini secara otomatik?
TARAF KEKANANAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG-BINTANG & PINGAT-PINGAT PESEKUTUAN
Berikut adalah taraf kekananan darjah, bintang dan pingat Persekutuan. Pingat pingat no. 22 kebawah tidak di sematkan oleh YDPA (kecuali Sijil KPK). Pingat-Pingat ini biasanya di semat oleh pegawai memerintah atau semat sendiri sahaja. Lihat kedudukan Pingat Jasa Malaysia di bawah.
1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa *(S.P. )*
2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia *(D.K.M.)*
3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara *(D.M.N.)*
4. Seri Maharaja Mangku Negara *(S.M.N)*. Tun Isteri : Toh Puan
5. Seri Setia Mahkota *(S.S.M.)* Tun
Isteri : Toh Puan
6. Darjah Bakti *(D.B.)*
7. Panglima Mangku Negara *(P.M.N.)* Tan Sri. Isteri : Puan Sri
8. Panglima Setia Mahkota *(P.S.M.)* Tan Sri. Isteri : Puan Sri
9. Panglima Jasa Negara *(P.J.N.) Datuk. Isteri : Datin
10. Panglima Setia Diraja *(P.S.D.)* Datuk. Isteri : Datin
11. Johan Mangku Negara *(J.M.N.)*
12. Johan Setia Mahkota *(J.S.M.)*
13. Johan Setia Diraja *(J.S.D.)
14. Kesatria Mangku Negara *(K.M.N.)*
15. Kesatria Setia Diraja *(K.S.D.)*
16. Ahli Mangku Negara *(A.M.N.)*
17. Pingat Pangkuan Negara *(P.P.N.)*
18. Bentara Setia Diraja *(B.S.D.)*
19. Panglima Gagah Berani *(P.G.B.)*
20. Jasa Perkasa Persekutuan *(J.P.P.)*
21. Pingat Tentera Udara *(P.T.U.)*
22. Pingat Kebaktian *(P.K.)*
23. Pingat Khidmat Berbakti *(P.K.B.)*
24. Pingat Perkhidmatan Cemerlang *(P.P.C.)*
25. Pingat Perkhidmatan Setia *(P.P.S.)*
26. Kepujian Perutusan Keberanian *(K.P.K.)*
27. Pingat Perkhidmatan Am *(P.P.A.)*
28. Pingat Peringatan Malaysia *(P.P.M.)*
29. Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu *(P.N.B.B.)*
*30. Pingat Jasa Malaysia (P.J.M.)*
31. Pingat Kedaulatan Negara *(P.K.N.)*
32. Pingat Jasa Pahlawan Negara *(P.J.P.N.)
33. Pingat Pertabalan
DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA
Berikut saya senaraikan Pingat-Pingat perkasa (keberanian) yang boleh dianugerahkan kepada anggota tentera dan juga polis.
*Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)*
Penganugerahan Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini ialah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Ianya dizahirkan pada 29 Julai 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia.
*Panglima Gagah Berani (PGB)*
Darjah Panglima Gagah Berani ini dizahirkan pada 29 Julai 1960. Pengurniaan ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa sewaktu menghadapi musuh. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia.
*Jasa Perkasa Persekutuan (JPP)*
Anugerah Jasa Perkasa Persekutuan ini diberi kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan gagah berani luar biasa dan juga kepada anggota pasukan keselamatan kerana kegagahan dan keberanian diluar medan perang. Anugerah ini dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia.
*Pingat Tentera Udara (PTU)*
Pingat Tentera Udara ini telah dizahirkan pada 17 Julai 1968. Ianya dikurniakan terhadap kepewiraan, keberanian atau taat setia yang teristimewa dalam menjalankan kewajipan yang ditunjukkan oleh Angkatan Tentera semasa menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi atau tidak orang yang layak menerima perhormatan ini ditentukan oleh Menteri Pertahanan. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia.
*Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)*
Terdapat di dalam Angkatan Tentera atau Polis Diraja Malaysia orang-orang yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah dan berani akan tetapi perlakuan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereke dikurniakan Pingat. Oleh yang demikian pada 20 Julai 1969, satu lambang telah dizahirkan untuk mengiktiraf kelakuan keberanian ini dengan memberi lambang berbentuk Daun Palas yang diperbuat daripada gangsa.
*PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI*
Berikut ada Pingat-Pingat yanga saya anggap setaraf dengan PJM.
*Pingat Kebaktian (PK)*
Pingat ini diberikan kepada penerima sebagai menghargai perkhidmatan yang lama dan berkekalan baik dalam perkhidmatan sukarela atau pasukan-pasukan yang berpakaian seragam.
*PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.)*
Dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan dikurniakan untuk khidmat-khidmat am dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
*PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.)*
Dizahirkan pada 17 Ogos 1965 dan terdiri daripada tiga pangkat iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini dikhususkan bagi individu yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha pembentukan dan penubuhan Malaysia.
*Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.)*
Darjah ini merupakan darjah kesembilan antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. P.P.A. dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform. Sekarang ini pingat ini secara otomatik di anugerahkan selepas latihan rekerut atau kedet. Dulu bukan semua orang boleh dapat pingat ini. Syarat2 ,nya agak ketat juga, sepert mesti beada di kawasan operasi 3 ,bulan,atau berlayar 3 bulan di laut, atau terbang 30 kali ke sabah serawak atau berkhidmat di saba h atau Sarawak 3 bulan.
*Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)*
Pingat Perkhidmatan Setia ini diberi kepada penerima sebagai penghargaan yang baik di dalam pasukan keselamatan atau pasukan-pasukan yang berpakaian seragam. Dulu pingat in hanya untuk LLP sahaja yang telah khidmat 18 tahun tapi sekara pegawai juga layak.
*Pingat Pertabalan*
Pingat ini di anugerah kepada semua yang terlibat di dalam pertabalan YDPA terutama yang membuat kawalan kehormatan, pancaragam, panglima pembawa alat kebesaran diraja, pembawa payung dan tombak dan lain semasa istiadat pertabalan itu.
*DARJAH KEBESARAN ANGKATAN TENTERA*
Selain dari pingat Persekutuan, ATM mempunyai beberapa darjah Kebesaran nya tersendiri. Jika kita lihat taraf kekayaan darjah ini adaah seperti datang dengan pangkat dan di anugerahkan kepada mereka yang masih dalam perkhidmatan. Kebanyakan mereka yang menerima pingat ini tidak ada apa-apa jasa pun yang di buat. Hanya kroni boss sahaja yang akan dapat. Saya cadangkan ATM ubah sedikit syarat kelayakannya supaya veteran yang banyak berjasa tetapi tidak di anugerahkan juga di anugerahkan dengan darjah tersebut. Barulah jasa veteran yang layak dikenang.
*Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)*
Kelayakan:
• Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
• Panglima Angkatan Tentera.
• Panglima-Panglima Perkhidmatan.
• Pengurniaan Kehormat kepada panglima-panglima negara asing yang setaraf.
*Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)*
Kelayakan:
• Pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf ke atas.
• Pegawai Tentera negara asing yang setaraf.
*Kesatria Angkatan Tentera (KAT)*
Kelayakan:
• Pegawai-pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf kebawah.
• Pegawai-pegawai Tentera Asing berpangkat setaraf.
*Bintara Angkatan Tentera (BAT)*
Kelayakan:
• Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam ATM.
• Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Asing boleh dianugerahkan Darjah BAT Kehormat.
*DARJAH-DARJAH KEPAHLAWANAN PASUKAN POLIS*
Apabila ATM mengwujudkan Darjah-Darjah Kebesaran Angkatan Tentera, PDRM juga Darjah-Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis seperti berikut:
*PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.P.P.)*
Meraka yang layak menerima pengurniaan ini ialah Inspektor Jeneral Polis (IGP). Deputi Inspektor Jeneral (DIG)dan Pengarah-Pengarah di dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia. Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang mempunyai kedudukan setaraf layak menerima secara Kehormat.
*PANGLIMA SETIA PASUKAN POLIS (P.S.P.P.)*
Darjah pangkat kedua ini dianugerahkan kepada mana-mana pegawai tinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia yang berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP), Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) atau Asisten Komisioner Polis (ACP). Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang setaraf juga layak menerima pengurniaan Kehormat.
*PAHLAWAN PASUKAN POLIS (P.P.P.)*
Darjah ini dianugerahkan kepada mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat Superintenden Polis (Supt), Deputi Superintenden Polis (DSP)dan Asisten Superintenden Polis (ASP). Darjah pangkat ketiga ini boleh dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf sebagai pengurniaan Kehormat
*KESATRIA PASUKAN POLIS (K.P.P.)*
Darjah pangkat keempat ini dianugerahkan kepada mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat Chief Inspektor Polis (C/Insp), Inspektor Kanan (Comfirmed Inspector)dan Inspektor. Pegawai-Pegawai Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf juga layak menerima pengurniaan Kehormat.
*BENTARA PASUKAN POLIS (B.P.P.)*
Darjah pangkat kelima ini dianugerahkan kepada semua peringkat Pegawai Rendah Polis termasuk kurniaan Kehormat kepada Pegawai- Pegawai Rendah Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf.
*PINGAT KEBERANIAN POLIS (P.K.P.)*
Darjah ini dianugerahkan kepada semua peringkat Pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menunjukkan keberanian sewaktu menjalankan tugas tetapi tidak layak mencapai kelayakan bagi menerima bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah
Perkasa (S.P) dan Panglima Gagah Berani (P.G.B.).
*PENUTUP*
Ahkir sekali saya ingin membuat kesimpulan seperti berikut:
*Pertama*, Menteri Pertahanan terdahulu telah membuat kesilapan kerana berjanji untuk memberi elaun bulanan atau bayaran one off.kepada penerima PJM tetapi pada hakikatnya kerajaan tidak ada budget untuknya. Terdapat juga mereka yang bersara selepas 2013 juga penerima PJM. Apabila kerajaan sudah berjanji maka veteran akan tetap menuntut.
*Kedua*, walaupun mengikut Perkara 147 dan 180 perlembagaan Persekutuan, kerajaan bertanggungjawab terhadap pembayaran Pencen persara, kerajaan tidak perlu risau mengenai pembayaran pencen kerana pencen adalah duit dari KWAP dan bukan wang kerajaan atau wang pembayar cukai. Kerajaan mengambil wang RM4 Billion dari KWAP untuk biayai anak syarikat 1MDB adalah salah dan memberi penyelarasan pencen 2% secara tetap juga adalah salah dang bertentangan dengan Peraturan Pencen ATM yang ada.
*Ketiga* semua hal peraturan gaji dan pencen ATM bukan bidangkuasa Parlimen atau kabinet atau JPA tetapi adalah bidang kuasa YDPA sebagai Panglima Tertinggi ATM (Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan) yang di berikan kepada Majlis Angkatan Tentera melalui Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan dan di seksyen 157 dan seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972. Pengurusan Angkatan Tentera tida boleh di kawal oleh JPA atas dasar Perkara 139(1) perlembagaan Persekutuan dan Angkatan Tentera tidak tertakluk kepada Akta Pencen 1980 atau pun Akta Penyelarasan Pencen 1980. Jadi, jika Menhan cuba menutup kesalahan mereka ini dengan berjanji untuk mengantikan penyelaran pencen ATM dengan memutarbelitkan dengan memberi elaun PJM adalah salah kerana semua pentuk elaun tidak kekal dan boleh di hentikan pada bila-bila masa dan tidak seperti pencen dimana ianya kekal seumur hidup dan boleh di pindah pada waris (isteri/suami). Kementah telah mengelirukan veteran antara elaun yang bersifat tidak kekal dengan gaji dan pencen yang bersifat kekal.
Keempat*, jika kita lihat kedudukan dan syarat-syarat kelayakan untuk pingat-pingat yang diwujudkan, syarat-syarat asal , syarat-syarat Bahagian Istiadat JPM, dan Syarat-syarat KEMENTAH tidak sama dan tidak konsisten. Menteri Pertahanan sepatutnya tidak boleh sesuka hati menukar syarat-syarat Kelayakan Pingat-Pingat tersebut dan sesuka hati untuk memberi elaun pada Pingat-Pingat yang tidak sepatutnya di beri elaun. Darurat Pertama, kondrantasi Indonesia, Insiden Lahad Datu, semuanya ada pingat khas, terutama anugerah KPK dan JPP tidak di beri elaun, adalah tidak adil hanya PJM sahaja hendak di beri elaun. Ini belum lagi Pingat-Pingat yang di wujudkan oleh PDRM keran PDRM juga sama terlibat dengan ATM dalam Darurat Pertama, Konfrantasi Indonesia dan juga Darurat Kedua. Saya percaya, sekiranya Veteran ATM mendapat elaun PJM, pasti nya Pesara PDRM juga akan tuntut dan mereka juga terlibat secara langsung dalam kedua-dua Darurat. Ini akhirnya akan membebankan kerajaan juga.
*Kelima*, jika Kementah betul-betul hendak memberi pingat kepada yang berjuang untuk negara, ramai veteran ATM yang masih hidup yang pernah bertempur atau berjasa kepada ATM dan negara tidak di dendang kerana kronisme dan pilih kasih. Ramai yang dapat Darjah dan Pingat (termasuk pingat keberanian) lebih rendah jasa dan keberanian mereka dari veteran yang tidak didendang. Saya cadangkan Darjah Kebesaran Angkatan Tentera dan Pingat-Pingat keberanian seperti PGB, JPP, dan KPK di anugerahkan juga pada Veteran-veteran yang tidak di dendang.
Keenam*, saya harap orang politik jangan politikkan pencen, ealun dan pingat-pingat bagi Anggota Tentera dan veteran ATM hanya untuk memancing undi pilihanraya. Ini merosakan kedaulatan dan kedudukan tradisi ATM dan nilai sesuatu anugerah darjah atau pingat.
Sekian,
Wassalam.