Hari ini aku nak berkongsi satu cerita yang menarik, aku rasa lebih berkaitan dengan keegoan manusia yang mungkin boleh kita jadikan pengajaran. Memang bahaya mulut celupar menaip di media sosial dan biasanya keyboard warrior ini seperti ini akan kecut telur apabila berinteraksi secara berhadapan, secara fizikal.
Ini berkaitan dengan aktiviti SOTA yang aku uruskan bagi pihak JASRA. Sebenarnya idea untuk SOTA ini timbul apabila aku membaca posting rakan-rakan di facebook mengenai SOTA, khususnya SOTA Malaysia, yang dipanggil 9M2 SOTA Association.
Aku teringat dengan seorang kenalan rakan amatur Indonesia dari Pekan Baru, YC5YC Dave, founder bagi portal dxportable.com yang begitu aktif melaksanakan aktiviti radio secara portable di seluruh pelusuk Indonesia. Masih ingat semasa beliau transit di KLIA dalam perjalanan mengerjakan umrah, aku dengan bersahaja bertanya kepada beliau di facebook, wah.. sempat singgah Seremban, kenapa tak singgah Melaka. Merujuk kepada seorang rakan yang menjemput beliau di KLIA dan membawanya ke Seremban.
Setelah beberapa lama aku tak ingat, terbaca status Dave di facebook, bahawa beliau ada di Batam menghadiri seminar atau apa entah, atas urusan kerja. Lalu aku menegurnya dan bertanya, mungkin sempat singgah ke Melaka nanti. Hingga akhirnya, beliau bersungguh-sungguh berusaha datang ke Melaka dan sebelum itu transit di Singapura menemui rakan radio amatur disana.
Nak dijadikan cerita, aku menunggu beliau sehingga jam 3 pagi kerana bas yang membawa beliau dari Singapura ke Melaka kerosakan tayar dipertengahan jalan. Sejak itu, kami akrab dan aku menyanjungi dan menghormati beliau, ilmu pengetahuan beliau dalam aspek radio amatur sangat mantap. Dari cara percakapan sahaja kita boleh menilai kemampuan dan kebolehan seseorang, terutamanya dari segi kebijaksanaan IQ serta latar belakang pendidikan. Sepanjang aku bersahabat dengan rakan ORARI, sangat jarang menemui mereka yang sangat fasih berbahasa Inggeris seperti Dave ini. Aku pernah ber QSO dengan beliau melalui ROIP beberapa tahun yang dulu sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Beliau juga menceritakan bahawa beliau dibenci dan dimusuhi oleh sebahagian orang-orang lama, yang mungkin kerana beliau terlalu advance… haha..
Berbalik kepada cerita SOTA, aku menyatakan kepada Dave hasrat mengadakan aktiviti SOTA di Gunung Ledang atas nama persatuan. Dari reaksi beliau, nampaknya beliau sangat bersemangat dan merasa seronok untuk sama-sama mengikutinya, maka timbul lah idea untuk mengadakan kerjasama atau kolobrasi antara dua persatuan dari dua negara Malaysia dan Indonesia. Apabila idea ini diajukan kepada pengurusan JASRA, respon yang diterima khususnya dari Pengerusinya sangat positif, namun beliau berpesan, segala prosedur dan peraturan mesti dipatuhi. Dave menyatakan akan memasukkan sekali program ini sebagai ISOTA mengikut DXPortable.com.
Aku ada bertanya kepada SOTA Manager untuk Malaysia melalui Whatsapp pada 13 Januari, boleh ke melaksanakan SOTA menggunakan callsign kelab.. soalan saja-saja untuk ice breaking, namun pertanyaan itu langsung tidak mendapat respon dan tidak dijawab. Hmm.. first impression kelihatannya seperti tidak kondusif.. langsung aku membiarkan saja.
Kemudian aku mula melayari laman web SOTA rasmi UK, mencari segala maklumat tentang SOTA ini. Aku membaca dengan teliti segala dokumennya baris demi baris, macam nak muntah baca semuanya dari SOTA General Rules, SOTA leaflet, SOTA Activator Guidelines dan 9M2-SOTA reference. Aku rasa telah memahami sepenuhnya terhadap the do and the dont serta SOTA Alert dan SOTA Spot, tinggal menunggu harinya sahaja.
Aku juga telah membaca dan memperhalusi apa itu DXPortable dari Indonesia seperti yang dipaparkan dalam laman web mereka dxportable.com. Dari apa yang dilihat, program mereka ini mendapat sambutan yang hangat terhadap IBOTA, IPOTA, ISOTA dan macam-macam lagi dengan niat memeriahkan kegiatan radio dan semangat setiakawan. Huruf I itu memberi pengertian Indonesian, contohnya ISOTA menjadi Indonesian Summit On The Air.
Oleh kerana aktiviti seperti ini adalah kali yang pertama dirancangkan atas nama persatuan dan tak ada sebarang rujukan sebagai panduan, aku mula sibuk membuat kertas kerja nya untuk dipersembahkan kepada pengurusan JASRA untuk kelulusan rasmi, walaupun secara prinsipalnya mereka telah bersetuju. Dalam masa yang sama, Dave telah merekacipta design banner yang sangat cantik dan menarik.
Oleh kerana belum sempat buat design banner JASRA version, aku post kan saja design banner dari Dave itu ke Facebook Group SOTA 9M2. Setelah diluluskan oleh admin, maka terpaparlah post tersebut di facebook group. Oleh kerana Banner itu memaparkan tulisan ISOTA, soalan pertama yang keluar dari admin ialah apa itu ISOTA ditujukan kepada Weerut, bukan kepada aku. Aku terfikir, apakah soalan ini soalan menyindir? Aku menjangkakan akan tertulis kata-kata sopan dan berbudi bahasa umpamanya, “terlebih dahulu saya bagi pihak SOTA 9M2 Association mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha tuan untuk menganjurkan SOTA atas nama persatuan. Usaha tuan adalah sangat dihargai. Mohon tuan memberikan penjelasan apakah ertinya istilah ISOTA yang dipergunakan”. Kalaulah terbaca balasan yang sedemikian, alangkah seronok dan sejuknya hati kita dan dengan rela dan ikhlas hati kita seronok untuk menulis dan menjawab latar belakang, kisah dan cerita…
Selang beberapa minit selepas itu, keluar pula tulisan dari manusia bernama Mohd Jefri yang lebih kasar bahasanya, kemudian dijawab oleh Faizul Zulkefli PIJU dengan kata-kata kurang ajar “jadi king, jadi palatau…” begitulah kata-kata mulut longkang yang keluar dari admin yang aku sifatkan sebagai berlagak, ego dan sombong..
Apabila membaca environment toksik yang tiba-tiba muncul dalam masa yang singkat, aku berfikir tak perlu aku menjawab dan teringat kata-kata Imam Syafi’i
– Imam Syafi’i rahimahullah berkata : “Orang pandir mencercaku dengan kata-kata jelek. Maka aku tidak ingin untuk menjawabnya. Dia bertambah pandir dan aku bertambah lembut, seperti kayu wangi yang dibakar malah menambah wangi”. (Diwan Asy-Syafi’i, hal. 156).
– Imam Syafi’i juga berkata : ”Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah artinya aku tidak mempunyai jawaban, tetapi tidak pantas bagi singa meladeni anjing”.
Aku tidak pernah bersua muka atau pernah bersembang dengan dua-dua manusia mulut longkang tersebut. Aku mengetahui mereka secara luaran melalui media sosial.. apakah status mereka Kelas A 9M2 menjadikan mereka hebat dari segi sifat, tingkah laku dan budi bahasa dan mereka dengan bangga diri menganggap mereka terlalu tinggi ilmunya dibandingkan dengan Kelab B yang mungkin diaanggap bodoh, uneducated dan tiada ilmu. Apakah begitu?
Dari membiarkan suasana toksik tersebut yang muncul dalam masa yang sangat singkat, aku terus memadam posting facebook tersebut dan keluar dari group tersebut. Aku anggap dua orang ini adalah budak hingusan yang ego dan sombong yang kononnya terlalu berilmu dengan status kelas A 9M2. Mereka tidak pernah mengenali aku, siapa aku, apa pengalaman aku, apa latar belakang aku, berapa usia aku dan segala apa dan apa. Aku simpati dengan mereka ini, kemungkinan manusia ego ini kurang kasih sayang dan khayal serta hanyut dalam egonya…
Begitulah catatan aku pada hari ini, sebagai coretan dan mengabadikannya sebagai rekod kehidupan. Dari kisah ini dengan mudahnya semangat persahabatan yang seharusnya wujud dikalangan pengamal radio amatur telah bertukar menjadi satu permusuhan. Terbaik !!