Hari ini aku dah mempopularkan seorang penjual di facebook, ada callsign ham radio… dalam perkataan lain tolong famous kan si polan ini… bermula dari kisah dia mengiklankan produk 3D Print untuk LoRa Tracker di Facebook. Aku tertarik nak membeli casing tersebut, kerana LoRa tracker / igate yang aku beli dari aliexpress, casing plastiknya hodoh..
Terus hantar Whatsapp kepada beliau.. cerita punya cerita, aku nak beli satu set teruslah… malas nak setting dan configure… harga telah dipersetujui dan aku pun transfer ke akaun beliau.
Kronologi
Isnin, 23 Disember 2024. Transfer bayaran RM 170.00
Rabu, 25 Disember 2024. Dia update di whatsapp.. siap hantar video tracker yang dia dah buat dan screen capture di aprs.fi
Khamis, 2 Januari 2025. Hantar whatsapp minta tracking number. Tidak dijawab.
Jumaat, 3 Januari 2025. Dia menjawab, menyatakan tak perasan ada whatsapp dan akan hantar tracking number apabila balik kerja.
Sabtu, 4 Januari 2025. Hantar whatsapp, tak dijawab.
Isnin, 6 Januari 2025. Hantar whatsapp lagi, tak dijawab.
Rabu, 8 Januari 2025. Hantar whatsapp menyatakan akan buat laporan polis, kemudian dia menjawab dengan berbagai alasan.
16 Hari
Berdasarkan kronologi diatas, kalau diperhalusi, semething is smelling fishy. Dari 23 Disember 2024 hingga 8 Januari 2025, 16 hari tempoh masanya, barang yang dipesan tak kunjung tiba. Belum dikira sakit hati apabila whatsapp langsung tidak dibalas.
Maka pada hari ini, aku memulakan gerakan mencungkil maklumat di internet, siapakah orang ini. Dengan cepat Datuk Google memberkkan jawapan dengan memberikan link https://kenascam.com/2018/scammy-183/
Di link tersebut, ada lagi link lain lowyat.net. Aku baca dan perhalusi post di lowyat.net tersebut. Hmmm.. aku yakin ini orangnya, scammer yang dimaksudkan.
Aku cuba menyakinkan diri aku lagi, aku baca post beliau di facebook, dia ada berhubung dengan Cikgu Zaki, 9M2ZAK berkenaan denga LoRa. Lalu aku menghubungi Cikgu Zaki melalui Whatsapp, menceritakan secara ringkas kisah yang berlaku, dan dijawab, “Kes abang bukan yang pertama, banyak juga saya dengar”, itu jawapannya, lalu menghantar satu screen shot seperti gambar di atas. Cikgu Zaki menyatakan masih ada satu kes lain, rakan beliau juga katanya… Sahhh…..
Viral
Sedang aku berkira-kira untuk membuat Laporan Polis, aku terfikir mengapa tidak aku post sedikit hint di Group Facebook Radio Amatur Malaysia (Official). Ada beberapa orang memberi respon, dengan bertanyakan maklumat lebih lanjut… aku jawab penjelasan akan diberikan di blog aku nanti. Sempat aku screen capture post aku, dengan jangkaan post aku akan di delete oleh admin. Ternyata jangkaan aku benar, lalu aku reupload semula, screen capture tersebut, tak lama selepas itu, kena delete lagi. Hahaha…
Tindakan aku ternyata ada hasilnya. Terus si polan ini menjawab whatsapp aku yang sebelum ini beberapa kali tidak dijawab, dengan alasan yang tak masuk akal. Seterusnya dia membuat panggilan telefon.. Dia memberi alasan dah pos lah.. salah alamat la.. whatsapp masuk archieve la.. semuanya aku tak percaya. Setelah aku memberi kata dua untuk membuat tindakan susulan dengan membuat laporan polis, akhirnya beliau bersetuju untuk memulangkan semula duit yang telah aku transfer kepada beliau sebelum ini.
Aku berusaha keras untuk menyakinkan akal aku untuk tidak menganggap si polan ini sebagai scammer dan berusaha untuk mempercayai penjelasannya di whatsapp dan melalui panggilan telefon tersebut. Namun aku gagal, something is not right, something is smell fishy. Berdasarkan cungkilan maklumat seperti di atas, logik pemikiran akal aku menyatakan bahawa individu ini memang scammer sejak dari dulu lagi, sejak dia belajar lagi tahun 2012. Merujuk kepada link di lowyet.net, nama beliau, alamat rumah beliau, semuanya matching seperti maklumat beliau yang ada di qrz.com. Belau kelihatannya bermati-matian menafikan yang beliau scammer @ penipu… dalam hati aku, penipu mana yang mengaku dia itu menipu… dan pencuri mana yang akan mengaku dia mencuri…
Seorang sahabat ada bercerita tentang si polan ini seperti screen capture di atas. Aku yakin sepenuhnya jangkaan aku ini betul. Rupa-rupanya dulu pun ada kes, menjual radio kepada orang Sabah dan orang itu kena scam… tak tahu siapa orangnya…
Begitulah perkongsian aku. Aku dah berfikir semasak-masaknya, apakah tindakan aku ini betul? Apakah tindakan aku ini akan memalukan orang? khusunya si polan ini? Adakah kerana aku ada niat jahat dan dengki? Atau aku nak memberi pengajaran? Supaya orang lain juga tidak menjadi mangsa… Nilaikanlah sendiri… baca screen capture whatsapp di bawah…