Minggu Sains Negara di MITC, Melaka 2019. Sudah selesai acara. Diringkaskan, perasaan aku berbaur, suka, benci, fed up, kecewa, give up…. semua ada. Itulah realitinya.
Cerita hari pertama, kedua dan hari ketiga, dirangkumkan. Sebelum bermula acara, aku tidak tidur semalaman gara-gara setting antenna rotator dengan PC yang memeningkan kepala setelah 3 hari mengerjakannya.
Cerita sehari sebelum. Dari petang dah mula ‘memecahkan kepala’. Gnome Predict software dah lama siap, server hamlib di port 4553 dah running, tapi laptop masih gagal mengawal rotator. Rupa2nya error yang timbul sebelum ini adalah kerana USB to DB9 adaptor yang gagal berkomunikasi dengan rotator computer interface. Sebabnya masih misteri. Akhirnya masalah ini selesai apabila terus menggunakan PC yang ada com port. Sebelum ini aku menggunakan laptop yang hanya ada USB. Solve problem sekitar jam 2 pagi. Masa tambahan diperlukan untuk configure auto start server hamlib melalui rc.local. Nasib baik Pak Mus datang ke base station aku menemani hingga jam 2 pagi. Sempat menggosok mounting rotator yang berat tu dan mengecatnya dengan Pak Mus diawal pagi. Pembakar semangat, kalau tak memang dah give up… baik aku tidur… who cares…
Keletihan bertambah untuk membawa meja, kerusi, rotator, mounting kepada rotator, radio Kenwood TS200 (yg dipinjamkan oleh 9M2ESM), PC, Monitor dan segala kabelnya, extention wire dan lainnya, loading ke dalam kenderaan sendirian di subuh hari. Dah la tangan kiri aku masih sakit akibat kemalangan hujung tahun lepas. Akibatnya, semalaman aku tidak tidur, apa kerja gila yang aku buat ni… bukan aku nak kejar KPI pun, bukan aku dibayar pun….
Tiba-tiba aku terkenangkan arwah 9W2JOH Feroz, kenangan bersama beliau, walaupun tidak lama, tetap aku ingati. Rotator khusus untuk amateur radio satellite tracking ini kepunyaan beliau, bukan rotator biasa yang hanya ada azimuth, tetapi rotator ini juga dilengkapi dengan elevation. Masih aku ingat, tahun lalu semasa arwah masih hidup, beliau dari Johor Bahru datang ke base station aku, sehari sebelum Minggu Sains Negara 2018 di Melaka juga, tempatnya di Perpustakaan Melaka. Beliau datang dengan bang Nick 9M2CCC dan Efi dari Tanjung Pinang. Callsign Efi tak ingat, rakan ORARI, sahabat baik arwah.
Throw back story nya setahun yang lalu, beliau sampai dalam tengahari dengan membawa PC, rotator dan aksesorinya. Configuring PC dari petang hingga lewat malam, akhirnya berjaya. Bermalam dirumah ku. Setelah acara selesai, beliau berpesan, “Romzi, kau simpanlah rotator ni, explore la….”. Sejak dari itu, tersimpan dalam stor saja, aku tak buat apa-apa. Sehinggalah setahun kemudian barulah aku mula explore. Berita beliau meninggal tahun lalu sangat mengesankan, aku menghubungi anak sulungnya dan menyatakan hasrat untuk membelinya atas nama kelab.
Hari pertama di MITC
Jam 8 pagi aku dah sampai. Sangat kecewa teramat sangat. Tiada sesiapa yang nak membantu mengangkat barang. Lebih-lebih lagi jaraknya agak jauh, dari depan agak jauh, dari belakang lagi jauh. Mundar mandir sebentar sambil mengangkat dulu apa-apa yang patut. Tiba-tiba 9M2VBC Chot muncul…. syukur teramat sangat dia muncul entah dari mana… apa lagi… “Chotttt… kau tolong angkat barang Chot, tangan aku sakit ni…..”. Chot tanya, “mana orang lain?”, aku jawab, “jangan tanya la Chot, angkat saja”…. Setelah siap, jelopy aku yang parking betul2 di depan pintu masuk untuk memudahkan menurunkan barang, aku start jelopy, alamak… tak boleh start. Sah…. starter rosak. “Chot, tolong tolak Chot….. parking depan tu….”. Chot apa lagi, pun tolaklah.. sesuai dengan badannya yang sasa….
Meja disiapkan, alas meja, pasang PC, pasang extention wire, pasang rotator dan kabel semua disiapkan bersama Chot. Aku teruskan dulu apa2 yang patut, sendirian. Tak lama si Sufian dan rakannya sampai. Chot pun cabut kerana nak ke saltmine. Kemudian Pak Din dan Pak Mus sampai. Kemudian aku yang belum bersarapan, pergi ke belakang dan bersarapan bersama Pak Mus dan Pak Din, tinggalkan si Sufian dengan rakannya, sehinggalah Ketua Menteri selesai melawat booth baru kami muncul… :-). Hari pertama dilalui, melayan dan memberi penerangan kepada pengunjung… tidaklah terlalu ramai, tapi OK lah… sejuk dan selesa di dalam dewan dengan penghawa dingin, berbeza di tahun lepas di Perpustakaan Melaka, di luar bangunan yang panas dan melekit. Aku tak berapa nak ada mood dan konsentrasi, sebab menahan ngantuk hingga ke petang. Waktu yang ditunggu sampai, iaitu balik. Nasib baiklah ada yang tolong bantu tolak jelopy, termasuklah Pak Din… 😛 Aku tak fikir benda lain lagi, sampai dirumah terus parking jelopy dan bayar hutang tidur……
Hari Kedua. Sudah fresh… sudah ada tenaga. Malam tadi aku tidur lebih dari 8 jam. Hutang tidur sudah dibayar. Lebih santai dan relax. Sebab semua dah siap, tinggal duduk saja. ON kan komputer, test rotator, ok semua berfungsi. Aku, Pak Mus dan Mazlan. Kami bertiga. Kemudian ada rakan radio amatur yang lain juga hadir, datang dan pergi seperti burung hinggap di dahan. Aku tak peduli, mereka datang sebagai tetamu, tetapi bukan penyumbang. Ambil lah gambar sepuas-puasnya, post la di media sosial…
Ramai pengunjung tertarik dengan rotator dan antenna yagi yang dipasang. Antenna yagi VHF dibawa dan dipasang oleh Pak Mus, manakala sebiji lagi yagi dual band dipinjamkan oleh Fizi. Apabila mereka tertinjau-tinjau, aku panggil. “Nak cakap kat radio tak?”.. “Nak, nak… nak cuba” ada yang menjawab begitu. Repeater UHF 9M4RML di Bukit Beruang telah aku crossband kan dengan repeater 9M4RLD di Gunung Ledang menggunakan radio aku di base station. Bila ada mood dan tenaga, mula la aku nak merakam video. Terus aku upload ke Youtube. Kemudian muncul si Nur Khaliza 9W2MBD, aku kenal dia ni. Cikgu Bahasa Inggeris di Sek Men Bemban. Dah lama ada callsign, tapi beku. Apa lagi, sempat la aku ‘basuh’ dia… hahahaha… Dapat la berehat sikit apabila ada kakitangan tambahan… Barulah aku sempat untuk pusing-pusing di booth yang lain. Antaranya booth UITM yang melancarkan UITM SAT, yang memancarkan beacon dalam CW. Begitu juga dapat mengunjungi booth Jabatan Kaji Cuaca. Baru aku tahu, rupa-rupanya Jabatan Kaji Cuaca melancarkan belon ke udara 2 kali dalam sehari, ada 8 stesen di seluruh negara, menjadikan total 16 belon sehari mereka melepaskan belon ke udara.
Seterusnya, sempat juga singgah ke aktiviti yang dibuat oleh ANGKASA di luar dewan, iaitu meneropong matahari. Kebetulan aku bertanya dengan seorang staff yang ada disitu, tentang sun spot, 11 year solar cycle, solar storm, pengaruh magnetic field dibumi akibat dari solar storm dan apa kaitannya dengan propagation. Dia pelik dan tanya dari mana aku tahu, aku jawab, Datuk Google dan Nenek Youtube yang ajar. Wow.. sangat menarik. Dia boleh memberikan penerangan yang jelas kepada pertanyaan aku tadi. Malangnya bila aku tanyakan, apakah mereka ada Youtube Channel yang memberi penerangan terhadap segala teori ini dalam Bahasa Melayu, ternyata tidak ada. Waduh… semua penerangan yang kita dengar semua bahasa orang putih. Kerana bateri HP pun tinggal 5%… tak dapat la nak merakam penerangan tersebut.
Hari Ketiga, hari terakhir
Final day memang ramai yang hadir. Biasalah, sekadar tunjuk muka pada hari terakhir bukan susah. Sekadar menjadi tetamu tak ada masalah. Simple, touch and go. Aku sempat meluangkan masa hingga jam 12 lebih kurang. Zanirul juga hadir. Oleh kerana ramai rakan radio amatur sudah muncul, dan kebetulan aku ada 6 jemputan kahwin yang perlu dihadiri, terus aku cabut. Lebih kurang jam 4 petang aku muncul kembali. Sekitar hampir jam 6 petang, kami berkemas. Kali ini ramai, tak ada masalah dalam hal mengemas dan angkat mengangkat.
Kesimpulannya
Ini adalah catatan peribadi, jadi ikut suka aku la nak tulis apa. Yang jelasnya masalah utama yang perlu diselesaikan ialah masalah kerjasama. Aku lihat tidak ada kerjasama dari rakan2 radio, khususnya di Melaka, ramai yang tak ambil tahu, jauh sekali mengambil berat. Tak kiralah 9W atau 9M, sama-sama bangang dan sama saja perangainya dari dulu. Tell the Truth, Even When It Hurts. Lebih baik aku cerita dari aku simpan dalam hati, kononnya nak menjaga hati. Biarlah aku catat pengalaman ini, untuk ingatan. Aku rasa macam nak gila buat semua benda… Dah la bertungkus lumus configure satellite rotator tu, sampai ke meja dan kerusi pun aku nak sediakan dan angkat mengangkat… hmmm… tak tahulah, sampai bila benda sebegini akan berlaku. Aku tak peduli la tulisan di booth tu tulisan MARTS ke apa… yang jelasnya apa yang aku buat ini untuk Radio Amatur… End.