Sumber: Facebook MMP
Tajuk di atas MMP tekan kan sebab MMP boleh rasa ianya adalah isu dalaman pasukan keselamatan yang terbesar dalam Negara ini. Isu ini mula kembali hangat dan dibincangkan meluas selepas kenyataan seorang Bekas Pegawai Kanan Polis yang tular di Media Sosial. Isu nya di mana Beliau menyatakan ATM mengambil semua kredit dalam mempertahankan Negara tetapi PDRM yang disisihkan dari sebarang perhargaan dalam menjaga kedaulatan negara.
Kalau Kita faham dan perhatikan kenyataan beliau semasa Seisi Soal Jawab IPCMC dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador dan barisan pegawai atasan KDN adalah menerangkan secara jelas tugas lapangan Polis dan IPCMC perlu diperluaskan ke atas semua penguatkuasaan di dalam Negara. Niat dia baik dan betul dalam mempertahankan PDRM, MMP terkilan bilamana beliau menjustifikasikan PDRM tidak dihargai dan ATM yang mendombakan segala-segalanya. Post yang berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi followers MMP di mana ada yang menyokong ada yang menentang dan ada yang menyatakan beliau maksudkan benda lain. Bagi MMP pekara berkenaan adalah pekara normal dalam Negara yang membenarkan kebebasan bercakap dan memberi pendapat.
Kita berbalik kepada Tajuk Utama di atas.
Antara Polis dan Askar, Siapa yang lebih berkorban sebenarnya? Kita sorot sikit sejarah kedua-dua pasukan keselamatan ini sebelum terus lompat pada kesimpulan. PDRM ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1807 ketika mana keseluruhan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak di bawah Jajahan British ketika itu. Sejarah Panjang PDRM yang meliputi 212 tahun membuktikan pasukan keselamatan ini adalah yang pertama ditubuhkan dalam menjaga keamanan Negara kita sewaktu ketika dahulu. Dengan cerotan sejarah berkenaan, kita dapat saksikan kejayaan,pahit dan getir anggota PDRM dalam menyusuri dan berjuang menentang ancaman yang berlaku di dalam Negara kita dari komunis menerusi Darurat dan Insurgensi sehingga ancaman lanun, pelampau agama dan penganas domestik dan luar negara.
Bagaimana dengan ATM?
Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua – dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.
Kita dah lihat bagaimana 2 pasukan keselamatan ini ditubuhkan dan sejarah panjang mereka dalam perjuangan mempertahankan Ibu Pertiwi dari ancaman musuh dalam dan luar negara.
Siapa yang banyak berkorban sebenarnya ini?
Jawapan Nya tiada siapa yang lebih banyak berkorban antara 2 pasukan Keselamatan ini. Kedua-dua entiti telah menumpahkan darah dan Taat Setia kepada Negara sejak dari kemerdekaan 1957 dan penubuhan Malaysia 1963. ATM dan PDRM Bersama-sama berkorban sama banyak sama keringat dan Jasa perjuangan mereka selama ini. ATM dapat dilihat kepewiraan nya semasa Perjuangan Leftenan Adnan di Bukit Candu dan PDRM dapat dilihat kepewiraannya semasa Insiden Bukit Kepong.
Ya
Banyak lagi kisah perjuangan PDRM dan ATM dalam menentang Komunis dari darurat pertama sehingga ke Insurgensi. Kang korang Bosan nak baca panjang. Hahaha.
Jangan kita lupa Ops Daulat 2013 dulu, bagaimana koordinasi PDRM dan ATM Berjaya disatukan menghapuskan Penganas Sulu.
Sebenarnya,
ATM dan PDRM ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. PDRM bertanggungjawab menangani ancaman jenayah dan musuh domestik di dalam negara dan ATM bertanggungjawab menangani ancaman musuh luar.
Berkaitan kenyataan bekas pegawai kanan Polis yang menyatakan KPN boleh arahkan ATM masuk campur menangani ancaman ini. MMP boleh jamin 100 peratus ianya tidak akan berlaku. Hanya Perdana Menteri sahaja yang akan membuat keputusan samaada ATM boleh terlibat sama dalam sesuatu operasi Bersama PDRM dan beliau perlu juga mendapat perkenaan oleh AGONG untuk mengerakkan Pasukan ATM ke medan perang. KPN sendiri tidak sewenang nak arahkan Panglima ATM buat pergerakkan ATM di bawah PDRM. Jangan fikir semudah itu ye. Dua-dua entiti ini ada Ego masing-masing dan Pihak ketiga yang kawal mereka berdua ini adalah Perdana Menteri sendiri bersama Menteri KDN dan Menteri Pertahanan sebagai Pihak Pembuat Keputusan.
Nampak tak?
Setiap lapisan arahan dalam mengerakkan PDRM dan ATM ada pada pihak Ketiga iaitu Kerajaan yang memerintah. Isu siapa yang lebih hebat ini dah lama dah. Kita boleh lihat pada kenalan kita baik PDRM dan ATM. Siapa yang menilai kedua-dua Entiti ini?
Ya
Kita semua rakyat Malaysia yang awam ini menilai sejauh mana kehebatan kedua-dua entiti ini dalam mempertahankan Negara Malaysia yang Tercinta ini. Majoriti Rakyat nampak kedua-dua entiti pertahanan Negara ini telah mencurahkan bakti dan keringat sama banyak sama rasa pada Negara. Itu kenyataan dan Kami bangga dengan semua itu.
Oleh yang demikian MMP nak simpulkan begini.
Tiada Siapa Yang Lebih Hebat
Tiada Siapa Yang Lebih Berkorban
ATM dan PDRM kekal Wira Rakyat Malaysia semua
Ikan Jerung Hantu
MMP