Siaran percuma? Parabola? C Band?

Nota ini diambil dari facebook saya yang telah dipublish pada 22 Disember 2014.

Lengkungan pada dish umpama cermin yang memantulkan signal ke satu arah iaitu ke LNB

Ramai yang bertanya kepada saya apa itu parabola. Oleh kerana saya dah penat nak menjawab, saya terpaksa merajinkan diri saya menulis nota ini. Saya sebenarnya bukanlah pandai sangat, banyak perkara yang kita tidak tahu, namun dengan adanya pak Google yang tidak pernah tidur siang dan malam, ianya sangat membantu dalam usaha mendapatkan jawapan. Parabola berasal dari perkataan Greek, yang mengandungi focus point dan reflector. Untuk terperinci, boleh baca sendiri di http://en.wikipedia.org/wiki/Parabola. Dari situ kita boleh mengetahui bahawa parabola itu hanyalah antena yang akan menerima signal yang dipancarkan dari satelit. Diumpamakan seperti cermin yang melengkung yang akan membalikkan signal ke LNB. Terma dalam bahasa Inggeris pula disebut parabolic antenna. Boleh rujuk dan baca secara terperinci di http://en.wikipedia.org/wiki/Parabolic_antenna. Parabola ada dua jenis, iaitu jenis solid dan jenis mesh. Boleh google sendiri apakah perbezaan, kelebihan dan kekurangan parabola jenis solid dan mesh ini.

Contoh solid parabolic dish yang dipasang dengan linear actuator atau motor elektrik yang boleh digerakkan ke timur atau ke barat

Soalan seterusnya, “Kalau saya guna parabola, bolehkah saya dapat siaran dari satu dunia dan percuma?”. Ada juga yang bertanya, “boleh ke dapat siaran astolol percuma kalau guna parabola?”. Ada juga yang bertanya kenapa mesti guna dish besar-besar, tak boleh ke guna dish yang kecil saja macam dish astolol dan berbagai lagi pertanyaan. Pening juga saya nak menjawabnya. Saya tidak menyalahkan orang yang bertanya itu kerana ianya jelas menunjukkan kurangnya pengetahuan mereka tentang parabola. Mereka masih kabur dengan teknologi satelit TV, gelombang yang digunakan, beam satelit dan lain-lain. Boleh juga saya tafsirkan orang yang bertanya soalan itu juga tidak rajin membuat carian maklumat melalui google dalam usaha mencari jawapan.

Contoh gambar parabolic mesh dish atau dish jaring yang sangat sesuai untuk mendapatkan siaran yang dipancar dalam C Band

Dunia kita ini bulat. Semua orang tahu. Jadi mana mungkin kita berjaya mendapatkan siaran dari satelit TV semua negara didunia? Oleh itu hanya satelit yang berada di kawasan kita sahaja kita berupaya mendapatkan siarannya. Kita harus mengkaji beam atau coverage atau footprint sesuatu satelit itu. Cara untuk mengkajinya ialah dengan melayari laman web http://www.satbeams.com/footprints dan http://www.lyngsat.com/.

Begitu juga dengan gelombang yang dipancarkan dari satelit TV tertentu yang begitu banyak di sepanjang garisan Khatulistiwa, kita umpamakan lampu suluh, walaupun satelit itu berada di atas kepala kita sekali pun, namun sekiranya lampu suluhnya tidak menyuluh gelombangnya ke negara kita, mana mungkin kita akan mendapat siaran. ‘Lampu suluh’ itulah yang dikatakan sebagai transponder, dimana beam yang dipancarkan dalam gelombang Ku Band, C Band atau S Band. Ada lagi jenis-jenis gelombang yang lain, namun setakat pengetahuan saya, tiga jenis itulah yang digunakan untuk pancaran satelit TV. Setiap gelombang mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Dish solid untuk tujuan statik dan tidak boleh digerak-gerakkan

Gelombang C Band contohnya, coverage pancarannya adalah terlalu meluas meliputi benua, tetapi Ku Band lebih dikhususkan kepada sesuatu negara. Kita juga perlu faham perkaitannya dengan dunia perniagaan dan atas dasar mencari keuntungan. Sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/C_band dan http://en.wikipedia.org/wiki/Ku_band untuk rujukan dan kefahaman. Channel TV dari gelombang Ku Band dan C Band dari sesuatu satelit biasanya tidak sama, tetapi ada juga yang sama. Bergantung kepada penawaran service Channel syarikat TV satelit itu sendiri…

Jadi, apa faedah atau untungnya memiliki parabola? Seperti yang saya jelaskan tadi, parabola hanyalah sejenis antena. Itu saja. Parabola tidak akan membawa apa-apa erti tanpa adanya LNB dan receiver. Sekiranya anda telah memiliki Skybox, Openbox dan apa-apa jenama universal decoder yang lain, inilah receiver yang sesuai. Memiliki parabola terutamanya jenis yang solid adalah satu kehebatan sebenarnya, seandainya kita memaksimakan penggunaannya. Parabola solid mempunyai kelebihan untuk menerima siaran dalam C Band, Ku Band dan S Band sekaligus seandainya kita memasang LNB yang bersesuaian mengikut band yang disebutkan. Jika di pasang mounting yang bersesuaian, dengan mudahnya dapat digerak-gerakkan ke arah timur atau barat untuk mendapatkan seberapa banyak siaran dari satelit. Bertambah mudah sekiranya di pasang dengan motor elektrik (linear actuator + positioner) yang mana kita boleh menggerakkannya secara automatik mengikut satelit yang dikehendaki. Disamping itu, perlu juga diketahui bahawa harganya lebih tinggi disamping kos untuk senggaraan. Rintangan terhadap angin juga salah satu faktor yang perlu difikirkan.

Contoh footprint siaran dari satelit Measat

Berbanding dengan yang jenis mesh yang lebih murah, ia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, selain daripada ringan, ianya tahan terhadap pukulan angin yang kuat kerana sifatnya yang berjaring. Kos untuk senggaraannya lebih murah kerana jaring atau mesh tersebut boleh dibuka atau ditukar dengan mudahnya. Namun kesesuaiannya lebih kepada gelombang C Band, walaupun masih berupaya mendapatkan Ku Band dengan signal kualiti yang lebih rendah.

Tambahan: Mengapa saya tidak boleh menggunakan dish astolol sahaja untuk mendapatkan signal di C Band? Mengapa mesti guna parabolic dish? Bukankah sangat menyusahkan perlu guna dish yang besar?

Jawapan: Perkara pertama yang wajib diketahui ialah frequensi yang digunakan iaitu lebih tinggi frequensi yang digunakan, maka lebih kecil lah dish nya. Itu adalah sifatnya, cuba anda buat kajian, berapa tinggi frequensi yang digunakan di hand phone anda sehingga ‘tidak kelihatan’ antenna nya? C Band frequensinya hanya 4 angka manakala Ku Band lima angka dalam MHz.

Soalan tambahan. Saya takut memasang parabolic dish….

Jawapan: Jika kita buat perbandingan dengan negara jiran yang paling hampir, iaitu Indonesia dan Thailand, tidak menjadi kesalahan pun. Sebab sifatnya hanya untuk ‘receive’ sahaja iaitu menerima sahaja. Tidak langsung ada aktiviti ‘transmit’ atau memancar. Jadi mengapa di Malaysia tidak dibenarkan? Jawapannya itu adalah polisi dari Kerajaan sendiri (dari Kerajaan terdahulu), atas alasan kononnya mendapat siaran luar negara menggunakan parabolic dish akan mendapat siaran lucah dan siaran tidak bertapis (kononnya).

Apakah itu benar? Jawapannya ialah benar dan tidak. Ia menjadi benar sekiranya anda berada di kawasan Eropah contohnya, anda perlu membeli decoder khasnya dan perlu melanggan untuk mendapat siaran lucah dan tak perlu pun menggunakan parabolic dish, memadai menggunakan dish offset 65 cm hingga 90 cm sahaja. Itu cerita 20 tahun atau 30 tahun dulu sebelum teknologi internet wujud dan berkembang. Sekarang dengan teknologi internet, mengapa bersusah payah? Cari sahaja melalui datuk google dan anda akan menemuinya tidak sampai satu minit pun….. Namun untuk di kawasan Asia ini, adakah wujud siaran lucah sedemikian yang kononnya percuma? Cuba anda selidiki… buat kajian dan senarai channel yang dipaparkan oleh satelit tertentu yang coverage nya ada di negara kita boleh diperolehi dari  dengan melayari laman web http://www.satbeams.com/footprints dan http://www.lyngsat.com/.

Jadi pada pendapat saya,  memasang parabolic dish tidak dibenarkan atas alasan kononnya boleh mendapat siaran lucah atau tidak bertapis dari luar negara hanyalah alasan pemerintah terdahulu yang tidak mahu rakyat mendapat maklumat yang kononnya tidak betul dan saya berpendapat lebih kepada kepentingan politik. Saya juga percaya dasar itu diperkenalkan kerana ada kepentingan syarikat tertentu yang telah mendapat lesen untuk memonopoli perkhidmatan siaran dari satelit.  Namun saya tidak pasti sekarang apakah monopoli itu masih wujud dengan persaingan yang sengit sekarang terutama melalui teknologi internet jalur lebar iaitu IPTV dan siaran melalui gelombang UHF Digital Terrestrial TV yang dipancarkan dari pemancar di gunung-gunung.

Anda boleh membuat kajian dengan lebih terperinci dengan membuat carian di google. Begitulah ceritanya serba sedikit tentang parabola. Saya akan sambung nanti dengan pengkajian terhadap satelit Measat. Tunggulah bila ada mood dan waktu terluang