Copy paste dari facebook Abudi Alsagoff
Hari ni saya kongsikan beberapa ADD ON yang perlu kita tahu bila renew insuran kenderaan.
Apabila renew insuran perasan ada yang murah dan ada yang mahal. Selalunya yang murah kurang coverage dan kosong dari additional coverage.
Antara contoh additional coverage yang perlu kita tahu
1. Windscreen
Windscreen atau cover cermin sangat penting untuk menyelamatkan NCD. Selalunya kalau cermin depan pecah akibat kena batu masa kat highway ia akan makan kos dlm rm 500 utk axia, Rm 1000 utk Exora, Rm 2000 utk Mazda dan seterusnya Jika kita ambik tambahan coverage ni bila kita buat claim cermin, NCD masih lagi selamat dan masih dapat harga murah bila nak renew insuran nanti.
2. Additional Named Driver
Jika berlaku kemalangan dan pemandu ketika itu tidak didaftarkan kena cas Rm400. Jadi sebaiknya bile renew pastikan orang yang selalu bawa kereta tu contoh wife, adik beradik, atau parents kita telah register nama diorang sebagai additional permitted driver. Nak lagi mudah pastikan cover all driver.
3. Towing
Tahu tak ada company yang ada limit untuk jarak towing kereta. Ada yang hanya 50km ada yang 150km ada yg 200km dan jarak ni dikira pergi dan balik bukan sehala tau. Ada towing untuk breakdown dan towing untuk kemalangan. Sebaiknya cuba ambik yang unlimited towing terutamanya kalau korang yang kerja travel pusing seluruh malaysia
4. CART
Pernah dengar tak jika kereta kita masuk bengkel kita boleh nak claim rm 50 atau rm100 sehari selama 7 hari, 14 hari atau sebulan. Yang ni ada hanya kalau korang ambik add on ni sahaja, kalau x pernah ambik sebab nak murah jangan mengharap la nak pergi claim duit tu.
5. Special Perils
Ketahuilah wahai sekalian manusia kalau kita parking dan tiba-tiba kereta kena hempap dahan pokok atau kereta tenggelam banjir sesungguhnya ia tidak dicover oleh insuran kecuali kita ambik add on special perils ni.
6. Key replacement, car accessories cover, personal accident, cover rusuhan, coverage nak masuk thailand dan banyak lagi nak tulis daaaaa, tapi cukup yang tu dulu la
Best tak perkongsian kali ini? ka ada request nak saya explain detail mana-mana part dalam hal ehwal renew insuran dan roadtax ni?
Gambar :- laluan lain yang kemalangan tapi laluan lain yang jem.