Cerita tentang kehidupan

Dipetik dari fb Tuan Amir Danau

Setiap masa yang bergerak, kita makin hilang daya. Rambut kian memutih, tenaga kian melemah. Bila duduk termenung, terngiang segala kenangan. Hari ini, anak makin membesar, menuju jalan dewasa. Bila-bila masa je boleh tinggalkan rumah yang diorang pernah membesar ni dan bina kehidupannya sendiri. Macam kita dulu-dulu tinggalkan ibu ayah kita.

Ingat lagi tak?
Punya lah seronok nak keluar dari rumah. Nak bebas. Nak enjoy dengan kawan-kawan. Nak rasa dunia dewasa yang penuh kebebasan. Dulu mana tau apa-apa, fikir seronok je, sekarang anak dah besar-besar, baru kita belajar rasa sakit bila anak beriya nak keluar dari rumah sebab nak dengan kawan. Ini yang ibu ayah kita lalu dulu.
Anak terus menuju ke dunia dewasa, sedang kita menuju ke fasa tua. Menghitung hari. Kudrat perlahan-lahan melemah.
Melihat persekitaran. Mata melihat sedangkan otak mengelamun. Terbayang zaman dulu kala yang tidak terikat. Bebas nak buat apapun. Tak pernah sedikit pun terfikir tentang semua yang menyusahkan, tak pernah terfikir akan melalui segala jalan-jalan yang membuatkan kita ada di kita yang hari ini.
Bila di ingat balik, apa yang kita punya hari ini, mana pernah dulu kita terbayangkan. Mungkin dulu impian nak jadi doktor, tapi hari ni kita jadi mekanik. Dulu impian nak jadi samseng, tapi hari ini jadi imam masjid. Kan? Di luar perancangan. Betul-betul tak pernah terfikir
Segala jalan sakit yang kita lalu hingga sampai hari ini pun, tidak pernah terlintas dalam fikiran kita dulu-dulu. Untuk lepas segala jalan sakit pun tak pernah kita bayangkan. Dulu rasa macam tak logik yang kita akan lepas dari segala kesengsaraan tu. Pernah ke dulu kita bayangkan yang kita akan keluarkan air mata sebanyak ini? Kira berapa kali air mata pernah tumpah sepanjang menuju ke hari ini. Banyak! Orang lain tak tahu, kita je yang tahu.
Tahu-tahu je sekarang kita sedang duduk di bangku hari ini, tengah membedek Facebook. Baca pulak posting Tuan Amir Danau.
Nak like, memang tak lah. Tuan Amir Danau bukan Zul Ariffin kan sampai nak kena Like dia punya status. Nak komen apatah lagi. Bertahun follow baca dari page lama sampai ke page baru ni, tapi tak pernah komen. Nak baca je macam gitu je lah. Kalau cerita tak best, nak scroll terus tengok wall artis pulak.
Jenis suka membaca, nak like tu malas kan. Apatah lagi nak like page. Hmm.
Mana masalah-masalah yang mem@tikan dulu? Bukan ke sepanjang kita lalu ujian-ujian perit dulu, kita rasa kita takkan mampu teruskan kehidupan ni?
Hidup ini begitulah kisahnya. Kalau diceritakan pada bapak-bapak kita, diorang akan sengih je. Sebab diorang dah lalu semua ni. Kita saja yang baru lalu.
“Dulu ayah dah cakap dah, kau tak percaya. Kau rasa kau pandai sangat.. ni umur kau dah berapa dah? Rambut bila nak potong?”
Kita pulak tersengih. Sengih si budak yang sudah menuju tua. Bukan lagi belia remaja.
Makin masa bergerak, kita akan kembali ke kehidupan yang kian senyap. Sahabat-sahabat akan mula sibuk dengan rumahtangga mereka. Begitu juga adik beradik. Semuanya sama menunaikan tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Kalau di robek hati ini, sungguh rindu semua kenangan bersama.
Apa boleh buat? Jalan kehidupan ini laluannya seperti ini. Kita ada sekali saja untuk hidup di bumi, dan inilah jalannya. Nak taknak, kena laluinya. Rasa satu persatu episod kehidupan yang banyak misterinya. Entah di masa-masa akan datang ada episod menangis lagi atau tidak. Ke dah nak sampai penghujung episod dah?
Apa yang kita ada hari ini atas segala keputusan yang kita buat dulu. Bagaimana keadaan kita sekarang, itulah asbab dari semua keputusan yang kita buat dulu. Itu semua ilmu-ilmu yang mahal harganya yang sudahpun kita belajar.
Namun, dalam segala ceritera kehidupan ini, kita jangan pernah lupa dengan sosok-sosok yang pernah berbakti pada kita sebelum ini tatkala tiada orang yang sanggup berikan seperti mana mereka berikan. Biarlah kita di tahap tinggi mana sekalipun, mereka-mereka ini ada terselit dalam episod kehidupan kita yang menjadi asbab kita ada dikedudukan kita hari ini.
Ingat lagi masa kita tak punya apa? Macam mana ramainya orang yang pernah rapat tiba-tiba sunyi sepi? Tiba-tiba macam tak pernah kenal kita? Ingat lagi siapa yang berjiwa besar genggam kemas tangan kita paksa kita berdiri semula tanpa peduli kita ni masih punya apa-apa atau tidak?
Mana mereka-mereka ini semua hari ini?
Hidup lagi kah?
Ahh, bila cerita tentang kehidupan ni, hati jadi sikit kacau. Sakit nak telan rindu. Sakit nak telan segala kekhilafan yang pernah kita lakukan dahulu. Tuhan tu betul-betul Maha Perancang dan Maha Penyayang. Terima kasih Tuhan untuk setiap kebaikan yang Kau berikan pada kami semua ini.
Terima kasih untuk setiap nikmat yang Engkau pinjamkan pada kami.
P/s : Cuba ingat balik setiap perjalanan kita menuju ke hari ini. Kita berdepan banyak kali proses yang sangat menyedihkan lagi-lagi melibatkan kepayahan dan perpisahan. Yang kita rasa kita takkan mampu nak berdepan. Yalah, lagi-lagi diusia ini, melihat sahabat sorang-sorang yang dijemput pulang mengadap ilahi. Entah bila giliran kita. Namun akhirnya semua tu buatkan kita makin kuat dari hari ke hari dan makin tenang. Yang pasti, kita akan makin keseorangan. Jika diizinkan Tuhan umur kita panjang, kita akan rasa bila bukak handphone je nak whatsapp, dah tak tau nak whatsapp siapa. Semua kawan dah meninggal dunia.