Sumber: 9M2AU. Published on 29th Nov 2011
Pada 28/11/11 yang lalu penulis berkunjung ke rumah 9M2RS dan 9M2NL…semasa hendak pulang dari rumah 9M2RS…beliau memberikan sebungkus Marts Newsletter yang diberikan oleh 9M2HC kepada penulis. Tujuan 9M2HC memberikan kepada penulis “Marts Newsletter” yang lama ini adalah untuk tujuan pameran….Terima kasih pada 9M2HC
Apa yang ingin penulis nyatakan disini ia lah. Penulis tertarik apabila membaca Marts Newsletter keluaran January-February 1965 penulis dapati terdapat callsign 9M4JY (N. YATHEENDRAN) 9M4AZ (Peter Pang), 9M4LX (Robert Milton), 9M4JH (John Hill) ,9M4DO (Robertson), 9M2KR (Dr. Ho Fok Cheong) 9M2DD (DD. Devan)
Nah 1964…1965 rupanya sudah ada 9M4…(buktinya sila lihat gambar di atas)………….penulis terus hubungi 9M2RI untuk mendapatkan kepastian….mula-mulanya Pak Alex tak ingat satelah saya bacakan beberapa callsign dan nama…baru Alex ingat 9M4JY adalah kawan baik beliau. Untuk pengetahuan sidang pembaca. Prefix 9M4 pada ketika itu diberikan kepada SINGAPURA….sementara semenanjung ketika itu ialah 9M2….ini kerana sebelum merdeka call sign untuk semenanjung ialah VS2 sementara Singapura ialah VS1 apabila kita sudah merdeka VS1 menjadi 9M4 sementara VS2 bertukar menjadi 9M2…..apabila Singapura keluar dari Malaysia 9M4 bertukar menjadi 9V1…..
Apa yang ingin penulis katakan disini ialah berkaitan penggunaan tanda panggil 9M4 Fakta ini jelas membuktikan prefix 9M4 adalah untuk sesuatu tempat bukan nya untuk Kelab callsign Repeater Callsign, Special Event Callsign dll….apa yang berlaku sekarang ini ialah keliru dan mengelirukan.
Kita ada banyak persatuan pada hari ini. Marilah kita bergabung membantu SKMM untuk meningkatkan kualiti Radio Amatur semoga di tahun-tahun yang mendatang ini berlaku sesuatu pembahruan pada komuniti Radio Amatur …..penulis bukanlah hebat atau tahu semua perkara ilmu yang ada amatlah sedikit. Penulis mohon maaf jika sekiranya apa yang penulis nyatakan disini menyinggung mana-mana pihak.