Sumber: Facebook Karlz Kampau
1. Hari ini gejala penipuan duit insurans mangsa kemalangan yang dilakukan oleh kartel peguam berlaku dengan sangat kerap tanpa rasa malu dan takut. Perbuatan memalukan ini sudah dianggap biasa dan normal dalam masyarakat kita.
2. Kejadian dan perlakuan ini hampir dialami oleh semua mangsa kemalangan yang pernah membuat tuntutan insurans melalui perwakilan peguam di negara ini dari Perlis sampai ke Sabah.
3. Kenapa berlaku penipuan ini? Apakah yang menjadi faktor penerusan kepada perbuatan terkutuk ini? Mari kita bincangkan.
4. Salah satu punca berlakunya kejadian menipu duit insurans ini adalah kerana faktor keperluan memenuhi kehendak pihak ketiga yang berkepentingan.
5. Mengikut undang-undang profesion guaman adalah satu pekerjaan profesional yang ditegah untuk mencari, memasar dan melobi khidmat bagi tujuan mendapatkan pelanggan secara kendiri.
6. Jadi bagaimana caranya peguam menjumpai dan mendapatkan pelanggan firmanya?. Pelanggan firma guaman biasa didapatkan secara pelanggan walk in sendiri atau diperkenalkan oleh pihak lain.
7. Siapakah pihak lain itu? Pihak lain itu adalah identiti lain dan berasingan yang terdiri daripada pelobi/pencadang/orang tengah yang mendapat bayaran upah (komisen) di atas tindakan dan kerja melobi tersebut.
8. Siapakah mereka ini? Sesiapa sahaja di luar institusi firma guaman, mereka ini bukanlah seorang kakitangan, pekerja dan pengkhidmat kepada firma guaman itu sendiri.
9. Kebiasaannya pelobi-pelobi ini terdiri daripada:-
a) Waris atau kerabat terdekat mangsa;
b) Saudara mara jauh mangsa;
c) Ipar duai mangsa;
d) Kawan karib atau kenalan mangsa;
e) Jiran sekampung atau setaman;
f) Rakan sekerja mangsa;
g) Majikan mangsa.
10. Hari ini upah komisen kepada pelobi telah naik dan menjadi kos yang sangat mahal. Oleh kerana itu peguam tidak lagi berkemampuan untuk menyerap dan menampung melalui yuran guaman yang diperolehinya dalam kes itu.
11. Kerana itu, disebabkan kemahuan yang tinggi untuk mendapat kerja atau kes, akhirnya peguam tiada pilihan lain kecuali tunduk kepada kehendak pelobi yang menetap upah komisen yang melampau tinggi.
12. Kesannya peguam tiada cara atau kaedah lain untuk menampung kos yang tinggi ini melainkan terpaksa melakukan penipuan, perdaya dan ambil duit insurans mangsa (melanggan mereka) secara salah dan tidak telus.
13. Maka terjadi apa yang berlaku hari ini, peguam atau wakilnya mungkir janji. Pada awalnya mangsa diberi janji dan jaminan lisan bahawa peguam cuma ambil 25% – 30% daripada jumlah pampasan yang berjaya diterima.
14. Tetapi janji ini tak ditunaikan, tidak dilaksanakan. Sebaliknya wang pampasan mangsa diambil dan dipotong secara semberono, secara berlebihan dan zalim atas nama dan alasan bagi tujuan menampung bayaran kos fail dan lain perbelanjaan kes.
15. Mana punca kuasa dan akses kepada perlakuan ini terjadi? Salah satunya adalah melalui peranan pelobi-pelobi tadi yang meyakinkan mangsa sehingga mempercayai bahawa peguam yang dilobi atau dicadangkan itu adalah terbaik, jujur dan telus tanpa melakukan semakan dan imbangan yang lain.
16. Apa yang lebih malang lagi, ada segelintir pelobi-pelobi ini sememangnya sudah mengetahui aktiviti dan modus operandi kartel peguam yang aktif menipu duit insurans. Namun disebabkan kepentingan wang ringgit jadi keutamaan, maka hal ini diketepikan begitu sahaja. Akhirnya mangsa yang merupakan orang yang terdekat dan dikenalinya terjerat menjadi mangsa penipuan.
17. Apabila aduan dibawa kepada pengetahuan pelobi-pelobi ini, mereka dengan tangkas menipis dan berdalih untuk melepaskan diri dari dipertanggungjawabkan atas kejadian penipuan tersebut.
18. Akhir kata, saya sekali lagi menggesa dan menyeru kepada semua pembaca supaya mempercayai diri kamu sendiri, belajar untuk berhati-hati, semak, imbang dan teliti lah semua dokumen serta tanya sampai puas hati sebelum membuat keputusan melantik peguam.
19. Tidak salah mempercayai orang terdekat dengan kita tanpa rasa prasangka kerana itulah seharusnya, tetapi kita akan cuai 100% apabila tidak lagi semak latar belakang peguam, rekod perkhidmatannya, tidak semak dan teliti dokumen yang dia suruh kita sain. Jadi berwaspada dan berhati-hatilah selalu