Memahami Satelit TV dan Channelnya

Perhatikan dan fahamkan labelnya

Nota ini telah di publish di facebook saya pada 22 Disember 2014.

Kebanyakan satelit TV memancarkan signal dalam gelombang Ku Band dan C Band untuk channel TV. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami perbezaan antara Ku Band dan C Band serta sifat gelombang itu sendiri. Sila baca nota saya yang terdahulu tentang konsep parabola di Siaran percuma? Parabola? C Band? Disini kita akan berbincang dan mengambil contoh satelit Measat. Sila tekan ke link http://www.lyngsat.com/Measat-3-3a.html. Perkara pertama yang harus anda fahami ialah tajuk yang ada iaitu nama satelit, kedudukannya di orbit, Frequency transponder, Provider Name, System Encryption dan Symbol Rate (SR).

Nama Satelit dan kedudukan di orbit. Sangat jelas dan nyata. Ada yang salah faham dengan menggambarkan kedudukannya di orbit itu diukur menggunakan jangka sudut, contohnya Measat 3/3a di kedudukan 91.5 darjah East, akibat salah faham dengan menyatakan secara logiknya diandaikan betul-betul tegak atas kepala kerana anggapan hampir 90 darjah tersebut. Ada juga yang tidak faham dan mengandaikan ianya adalah arah dan mengambil bacaan 91.5 darjah itu di kompas. Semua kenyataan itu terpesong dan yang sebenarnya ianya adalah kedudukannya di orbit. Oleh kerana kelajuan satelit itu bergerak menyamai dengan kelajuan bumi berpusing, satelit itu ‘tetap’ berada dikedudukannya. Walau bagaimana pun, pusat kawalan satelit bumi sentiasa memantau kedudukannya supaya sentiasa tepat.

TV3 di Measat C Band

Frequency Transponder. Sila perhatikan betul-betul, untuk C Band frequencynya adalah 4 angka dan untuk Ku Band, 5 angka. Juga dinyatakan sama ada ianya di dalam polarity Vertical atau Horizontal.

Provider Name. Menyatakan syarikat atau channel. Kalau diperhatikan, channel yang ditawarkan di dalam C Band dan Ku Band tidaklah sama walaupun dari satelit yang sama, namun ada channel yang sama di satelit tertentu. Semuanya bergantung kepada syarikat TV yang menyewa transponder di satelit tersebut.

System Encryption. Mana-mana syarikat Pay TV sudah tentu akan melindungi channel mereka dengan encryption supaya tidak boleh ditonton secara percuma tanpa membayar kepada mereka yuran bulanan sama ada secara postpaid atau prepaid. Untuk menonton siaran Pay TV, kita tiada pilihan selain dari melanggan dan menggunakan decoder/receiver yang asli dari syarikat tersebut. Apa yang menariknya, sekiranya tuan-tuan melihat huruf F berwarna merah itu bermaksud channel tersebut ialah Free to Air (FTA), dengan lain perkataan percuma atau gratis. Antara jenis-jenis encryption yang ada ialah PowerVu, Viewcrypt, Videoguard, Irdeto 2, Cryptoguard, Digicipher, Conax, Viaccess, Mediaguard 2, Nagravision dan lain-lain. Manakala siaran dipancarkan dalam format DVB, DVB-S, DVB-S2, MPEG-2, MPEG-4. Ada perkaitannya dengan sistem modulasi seperti QPSK, 8PSK dan lain-lain. Memadai untuk kita mengetahui secara umum sesuai dengan tahap kita sebagai pengguna, bukannya jurutera pembuat satelit. Untuk rujukan, sila baca

http://en.wikipedia.org/wiki/Television_encryption
http://ms.wikipedia.org/wiki/DVB
http://ms.wikipedia.org/wiki/DVB-S
http://en.wikipedia.org/wiki/MPEG-2
http://en.wikipedia.org/wiki/MPEG-4
http://en.wikipedia.org/wiki/Phase-shift_keying

Siaran radio yang percuma

Symbol Rate. Juga dikenali sebagai baud atau modulation rate yang berkaitan dengan pancaran gelombang, medium per saat. Memadai untuk kita mengetahui secara umum sesuai dengan tahap kita sebagai pengguna. Untuk rujukan, sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Symbol_rate

Kesimpulan

Oleh yang demikian, jelas sekarang kepada kita bahawa transponder memancarkan gelombang dalam frequency, encryption, modulation dan symbol rate yang berbeza-beza dan membawa jumlah channel yang tertentu, ada channel yang sama dan ada yang tidak. Begitu juga dengan size dish yang digunakan, gelombang ku band hanya memerlukan dish yang kecil (bersesuaian dengan kekuatan signal) manakala C Band memerlukan dish yang bersaiz besar. Semuanya ada perkaitan dengan sifat gelombang itu sendiri dimana Ku Band sangat sensitif dengan cuaca dan tidak kepada C Band. Ada yang menyangka C Band itu signal yang lemah dan sebab itu memerlukan dish yang besar, itu adalah anggapan dan teori sendiri yang amat tersasar tanpa mengetahui sifat gelombang itu. Pasti soalan yang ditanyakan kepada saya, “kalau saya guna parabola untuk mendapatkan siaran dalam C Band, adakan saya boleh mendapat siaran astolol dengan percuma?” telah terjawab dengan penerangan di dalam nota ini.

Tuan-tuan boleh mempelajari secara tekun channel-channel yang ada di satelit lain yang popular di kawasan kita seperti satelit Palapa, Telkom1, JCSAT4b, Chinasat 6a/6b, SES7, SES8, Thaicom5, NSS6, ST2 dan lain-lain lagi. Buatlah carian di google dengan menaip kata kunci lyngsat dan disambung dengan nama satelit. Suka diingatkan bahawa frequency dan channel berubah dari masa ke semasa dan oleh itu selalulah kita melihat dan merujuknya. Selamat belajar.