Sedang aku mencari-cari sesuatu dalamĀ hard disk simpanan, terjumpalah gambar-gambar penuntut Kursus Ketua Kereta Mekanize. Tak ingat siri berapa dan tahun berapa, tapi aku mengagak tahun 2002 atau 2003, saatnya aku hampir menamatkan perkhidmatan dalam Tauliah Jangka Pendek, Tentera Darat.
Latihan ini tempatnya di kawasan ladang kelapa sawit tidak terlalu jauh dari KLIA, dulunya Felda LBJ. Kisah lama sewaktu jadi jurulatih di Cawangan Mekanize, Pusat Latihan Armor, Port Dickson.
Lama dah aku scan gambar ini, bebeapa tahun yang lalu. Waktu ini tiada digital camera, hanyalah kamera menggunakan filem. Jadi aku mengambil peluang waktu latihan sebegini mengambil gambar-gambar tersebut untuk dijadikan kenangan.
Kursus Ketua Kereta Mekanize Infantri ini pada waktu itu dianjurkan sebanyak tiga kali setahun (kalau tak salah dalam ingatan) dan menjadi salah satu kursus kerjaya untuk kenaikan pangkat untuk anggota Lain-lain Pangkat. Mereka yang menghadiri kursus ini secara puratanya telah berkhidmat lebih kurang 8 hingga 10 tahun dan biasanya sedang dan telah menjadi pemandu kenderaan perisai atau dipanggil APC (Armoured Personnel Carrier). Kenderaan ini sama ada versi beroda atau berantai mampu membawa penumpang seramai 10 orang dan krew 2 orang menjadikan 12 orang.
Kenderaan ini khusus direka cipta untuk menambah perlindungan kepada anggota infantri dan kekuatan kuasa tembakan dengan dilengkapi senjata Heavy Machine Gun (HMG) 12.7 mm untuk versi berantai dan Oe