Pelajar MMU – Projek tahun akhir

Seorang pelajar MMU datang minggu lepas….. tahun akhir katanya. Sebelum itu aku ditelefon oleh seorang pensyarah dari universiti swasta berkenaan, bertanya jika aku boleh membantu pelajar tersebut membuat projek tahun akhirnya. Projek individu. Setelah dijelaskan serba sedikit, aku kata InshaAllah, aku cuba membantu.

Jadi pelajar ini datang, aku berpeluang bertanya beliau projek apa yang hendak dibuat. Beliau menjelaskan ialah projek Radio melalui Protokol Internet atau ROIP, Radio Over Internet Protocol. Jadi aku tanyakan pelajar ini, apa yang anda tahu, hmmm… jawapannya kurang meyakinkan… fikirannya macam kosong… tak tahu apa nak buat.

Aku dalam dilema sebenarnya, aku yang buat projek atau dia yang buat? Apakah perlu aku bantu 100%, bermaknanya semuanya aku kena buat? Sedangkan projek ini bukan projek aku pun. Aku jelaskan yang pertamanya perlu buat server dan server itu sebaik-baiknya menggunakan Linux? Anda tahu linux? aku tanya… errr errr… ada la tahu sikit-sikit… diberi pengenalan oleh pensyarah… jawabnya… So pernah buat praktikal? menggunakannya? mengamalkannya? errr… errr… tak pernah… jawabnya. Hmmm… dalam situasi ini memang dah confirm, hampir seratus peratus aku kena buat la.

Mana PC anda? aku tanyakan, sebelum ini pelajar ini ada telefon dan aku katakan, beli satu CPU, yang buruk pun tak apa.. kerana akan install Linux. Tak perlu canggih-canggih. Jadi aku install semualah… operating system. Kemudian aku ajar cara buat servernya dan install aplikasi ROIP melalui protokol ssh ke server di data centre, Singapore. Kalau suruh dia buat sendiri, memang hampeh… apa pun tak boleh. Akhirnya server siap, aplikasi server juga siap dan auto running. Kemudian aku tunjuk cara install aplikasi client di PC dan juga android. Pendek kata, semuanya kena bersuap. Baru jadi.

Aku jelaskan, untuk projek ROIP, yang pertamanya VOIP mesti berfungsi dengan baik. Perlu buat ujian demi ujian, perlu mahir aplikasi VOIP / ROIP di server berkenaan. Hias dan lengkapkan aplikasi server tersebut, buatkan channel dan sebagainya. Upload icon dan lain-lain. Kemudian mestilah ada pengguna, ajak kawan-kawan menggunakannya dulu. Tentukan semua berfungsi dengan baik dan barulah langkah selanjutnya ke projek ROIP dengan menbuat gateway untuk disambung ke radio.

Kemudian dia balik. Aku memantau server tersebut, beberapa hari aku pantau, hmmm… hampeh. Masuk ke server pun tak langsung. Memang tak boleh jadi budak ni. Macam tak ada usaha langsung. Tak ambil berat, mungkin sebab aku bantu, dia mengambil kesempatan agaknya… seronok sebab ada orang tolong. Aku beri kata dua di whatsapp….

Saya lihat anda seperti tidak serius dan main-main. Mungkin anda mengambil kesempatan kerana saya bantu anda. Saya beritahu, tolong explore server tersebut, tambah2kan channel, upload icon dan sebagainya. Dalam masa yang sama, panggil rakan-rakan menggunakannya iaitu menggunakan PC atau android.

Tapi saya lihat tidak ada apa2 perubahan. Tetap sama. Anda juga tidak masuk ke server. Saya berpendapat anda tidak berminat. Oleh itu, sekiranya betul andaian saya, saya 100 kali tidak berminat. Sila cari orang lain bantu anda. Terima kasih.

Allahu pak romzi, saya ada suruh kawan kawan download, dah forward semua apk tapi tidak install. Lagi satu, Saya kekangan masa uncle kerana ada satu lagi paper midterm hari selasa malam ni. Maafkan saya pak romzi saya betul betul nak belajar tapi masa tidak mengizinkan. Sekarang dah week 10 banyak submission assignment juga. Maafkan saya sekali lagi pak rozmi

apa pun alasannya, sy tak akan layan anda lagi sekiranya masih tak ada perubahan.

Baik uncle, saya cuba edit client interface dulu, maafkan saya

Ambik kau… kalau tak ada tunjuk minat, aku lagi la tak berminat…. Bersambung…..