Pengajaran Samseng Jalan Raya

Sumber: MukaBuku

Kronologi kes Allahyarham Syed Danial (SD) & Yew Wei Liang (YWL). Catatan ini di ambil mengikut keterangan ahli keluarga, saksi dan rekod makhamah.
Tarikh berlaku :10 Ogos 2019 (sehari sebelum Hari raya Aidiladha)
Masa :1-2pm
Tempat : Lebuhraya utara selatan 293.6 (Southville)
SD
– Umur 29 tahun
– berkahwin (anak berumur 3 bulan waktu kejadian)
– berkerja sebagai Pengurus Bank di Ibu Kota
– kenderaan Myvi
– meninggal dunia
YWL
– umur 45 tahun
– berkahwin
– bekas perkerja IT
– kenderaan Toyota Innova
– dalam tahanan polis
YWL di dakwa seksyen 302 (KK) atas pertuduhan membunuh SD
Pada waktu tengah hari pada tarikh tersebut, SD sedang menuju pulang ke kediaman keluarganya di bukit mahkota daripada Kuala Lumpur. Setibanya di tol sungai besi, terjadi salah faham perebutan Lane Tol bersama YWL. Menurut YWL, sewaktu beliau membunyikan hon kenderaan, beliau mendakwa SD telah menunjukkan isyarat lucah kepada beliau sehingga menyebabkan YWL mengejar kenderaan yang di pandu oleh SD.
Di Kilometer 293.6 berlaku kesesakan dan sewaktu berada di lana kanan lebuhraya, YWL telah turun kenderaan (ada rakaman kenderaan dari YWL) menuju ke pintu pemandu SD. Menurut saksi kejadian (ada rakaman) YWL telah bertindak menjerit jerit ke arah SD dalam keadaan marah dan menerjah pintu SD serta telah menumbuk muka SD sambil merampas kunci kenderaan SD. Pergelutan berlaku di antara mereka dan SD telah pergi ke belakang bonet untuk mengambil kayu baseball. Sewaktu SD buka bonet kenderaan beliau, YWL yang memaki hamun (provokasi) telah merampas kayu baseball milik SD dan ade pergelutan sehingga SD dapat merampas kembali kayu tersebut, YWL terus berlari masuk di dalam kenderaan miliknya.
SD mengacukan kayu baseball tersebut kepada YWL dan telah mengetuk beberapa kali di bonet YWL tanpa ada sebarang kecederaan. Akibat tidak berpuas hati dari tindakan SD, YWL telah melanggar SD dengan kenderaannya. SD terjatuh di bawah kenderaan yang mana badan beliau telah di gilis dari pinggang ke kepala. Dalam keadaan cemas, YWL terus turun dari kenderaannya bagi menyelamatkan SD yang pada waktu itu tidak boleh berdiri dan bernafas.
Pada waktu cemas ini, YWL telah mengangkat SD ke pembahu jalan dan memaksa SD untuk berdiri. Pada waktu ini SD masih lagi bernyawa dan di gambar yang tersebar jelas menunjukkan SD sudah tidak bermaya. Ramai saksi yang berdekatan waktu ini dan YWL dalam keadaan panik cuba mempertahankan diri beliau dan meletakkan beban kepada SD. Menurut saksi, YWL banyak kali mengulang ketidakpuashatian beliau kepada SD kerana menunjuk isyarat lucah kepada beliau (refer gambar di bawah).
SD telah di hantar ke hospital berdekatan iaitu nilai dan beliau meninggal dunia sewaktu tiba. Menurut report kematian, punca kematian adalah kerosakan pada organ dan pendarahan dalam. (Ada organ yang pecah). Sewaktu wakil kejiranan kami yang menguruskan jenazah SD, ada kesan tayar dari bahagian pinggang hingga ke dahi SD. Kes ini telah di siasat oleh Pihak Polis sehingga di failkan kepada makhamah tinggi 2 tahun selapas kejadian iaitu pada 2021.
Kes ini di dakwa di atas seksyen 302 kerana menyebabkan kematian dan YWL di arah untuk pembelaan. Hasil daripada keputusan makhamah, semua keterangan saksi di ambil dan video rekod telah di serahkan kepada pendakwaraya, kes ini telah di pinda kepada seksyen 304(A) iaitu penjara tanpa ada sebatan maximum 30 tahun.
Kenapa kes ini di pinda, kerana tiada niat membunuh dan kejadian terjadi secara sepontan. Pembelaan bagi self defend telah di tolak kerana tiada kecederaan kepada YWL dan hanya ada kerosakan kecil pada kenderaan innova YWL. Pada hari keputusan Hakim yang di tunda semalam, pihak pembelaan di beri tempoh sehari untuk menyediakan pembelaan (kerana tukar seksyen) dan akan di jatuhkan hukuman sewajarnya pada hari esok.
Rumusan dan pendapat personal saya…
Saya pasti kedua dua mereka bukan ada niat untuk bergaduh di jalan raya sehingga menyebabkan kematian. Ini terjadi kerana emosi dan kemarahan yang tidak dapat di kawal. Jika kita di situasi yang sama juga ada mungkin kita akan bertindak sekian rupa. Dalam keadaan stress pelbagai kebarangkalian akan terjadi. Jauh sekali ada isu rasics atau niat membunuh orang lain.
Bagi pindaan kes pula, ada bagus juga di tukar kepada 304 kerana advantage kepada waris. Jika 302 (tiada lagi hukum gantung sampai mati) pesalah akan di penjara dan menerima sebatan tetapi jika 304, pesalah akan di penjara dan pihak waris boleh membuat tuntutan nilai nyawa kepada pesalah. Bayangkan selama 4 tahun trauma kepada ahli keluarga mereka dengan anak baru diahirkan berumur 3 bulan. Membesarkan anak dalam keadaan trauma bukan satu benda yang mudah.
Saya harap kita sama sama ambil iktibar di atas kejadian ini dan jangan buat andaian sehingga ada perasaan benci dan dendam yang membuak. Terangi hidup dengan bersikap tolenransi bukan dengan panas baran melulu.
Sama sama kita doakan agar keluarga Allahyarham diberikan hidayah dan mendapat pembelaan setimpal sepajang kehidupan mereka. 🤲🏻🤲🏻
Last but not least, sayangi la setiap pasangan kita. Mungkin hari ini kita bersama tetapi dalam beberapa detik kita di pisahkan selamanya. Arwah adalah Hafiz Al Quran dan sewaktu kejadian, beliau sempat membungkuskan pizza untuk keluarganya dan masih di dalam kereta. Tambahan pula esok mereka sepatutnya beraya Qurban bersama 😥