Penggunaan Radio Amatur di Thailand

Sumber: Facebook

Assalamualaikum,
Saya terpanggil untuk share info mengenai penggunaan radio amatur di Thailand yang menjadi bualan hangat netizen berikutan rakyat Malaysia yang ditahan dan dikenakan denda kerana menggunakan radio di negara tersebut baru² ini.
Tahun lepas dalam satu assignment di Hatyai saya berpeluang berjumpa dengan Consul General Malaysia di Songkhla Tuan Mohd Afandi Abu Bakar berkaitan peningkatan statistik bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin di Thailand. Saya mengambil kesempatan tersebut untuk bertanya kepada beliau berkaitan penggunaan radio amatur di Thailand. Beliau telah memberi saranan kepada saya untuk terus ke National Broadcasting and Telecommunications Commission (NBTC) Southern Region untuk mendapatkan info lengkap dan tepat berkaitan isu tersebut.
Saya kemudian diperkenalkan dengan Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia-Thailand (MalTha) Mr Soontorn Noiboonma yang fasih berbahasa Inggeris oleh setiausaha kelab Encik Shariffudin Bin Mohamad. Beliau telah menawarkan diri untuk membawa saya ke NBTC yang terletak tidak jauh dari Hatyai Airport. Untuk makluman NBTC adalah merupakan suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam menyelia dan menguatkuasakan undang² berkaitan komunikasi di Thailand. Macam MCMC laaa.
Dalam pertemuan hampir sejam di pejabat NBTC itu saya mendapat maklumat yang amat berguna untuk dikongsikan bersama rakan² di Malaysia. Terima kasih kepada Mr Noiboonma atau lebih mesra dengan panggilan Micky yang bertindak sebagai interpreter pada pertemuan tersebut.
_*Kesimpulan dari pertemuan tersebut;*_
1. Sesiapa sahaja yang memasuki Thailand *TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN RADIO AMATUR WALAUPUN INDIVIDU TERSEBUT MEMPUNYAI LESEN (AA) YANG SAH DARI NEGARA ASAL* tanpa kebenaran BERTULIS dari NBTC. _(Rasanya semua negara guna pakai undang² nie)_
2. Setiap radio (mobile rig / handy) yang hendak digunakan *MESTI DISAHKAN oleh NBTC* sebelum dibenarkan guna di Thailand. _(Dihantar ke NBTC untuk pemeriksaan dan dilekatkan sticker)_
3. Memiliki radio yang tidak ada stiker NBTC adalah menjadi satu kesalahan di Thailand *WALAUPUN TAK DIGUNAKAN* _(Macam radio tak dak SIRIM la)_
4. Hanya radio yang menggunakan *citizen band (CB) 245.000 – 245.9875 MHz sahaja dibenarkan.*
5. Penggunaan radio internet atau *IP radio yang menggunakan data/sim card GSM adalah DIBENARKAN.* _(macam zello, iTalk, d’call)_
6. *Antenna pada kereta tanpa radio tidak menjadi kesalahan.*
* _Saya difahamkan sebab² penggunaan radio di Thailand dihadkan/diketatkan berikutan penggunaan frequency lokal yang terlalu banyak dan penyalahgunaan frequency oleh individu/kumpulan tertentu bagi tujuan jenayah._

EFFENDEY HARUN (9W2EXO)
BERNAMA Biro Perlis,
Kelab Rekreasi & Komunikasi Perlis (PReComm)
13/03/2019