Baru ini berlaku lebihan arus elektrik yang mengalir masuk ke dalam rumah, menyebabkan banyak alat elektrik rosak. Antaranya router internet, WiFi Access point, modem fiber, PC dan 2 biji monitor tidak berfungsi lagi. Power supply radio pun dah jahanam, termasuk raspberry pi 3 dan usb SSD. Mixer audio jenama Yamaha yang aku sambung ke PC pun dah tak berfungsi. PC Workstation yang aku guna hari-hari pun dah jahanam. Hot water dispenser yang mak mertua aku guna pun jahanam juga. Radio icom VHF/UHF dual band aku tak check lagi, masih sedang fedup pasal kejadian ini. Kipas siling tiga biji rosak… aduiiii…
Siapa yang harus dipersalahkan? Pengguna atau pembekal elektrik? Aku belum contact TNB lagi untuk pertanyaan ganti rugi tersebut. Yang jelasnya menjadi persoalan kepada aku ialah apakah TNB nak bertanggung jawab kerana lebihan kuasa ini merosakkan alatan letrik pengguna? Apakah TNB akan menyatakan dan memberi alasan ini ialah Act of God dan mereka lepas tangan?
Peristiwa sebegini bukan kali pertama berlaku, dah terlalu banyak kali sebenarnya. Tapi disebabkan malas dan bising-bising, akhirnya berdiam diri dan pelan-pelan la ganti peralatan yang rosak dengan kos sendiri. Pengajarannya, perlu membuat beberapa langkah.
Dari pembacaan di internet dan perbincangan dengan rakan-rakan yang tahu pasal letrik ni
a. Perlu memastikan kadar rintangan di kabel Earth atau kabel bumi, bacaan ohm atau rintangannya kurang. Ini aku belum belajar, namun jelasnya perlu tambah copper rod dan pacak lagi ke dalam tanah serta menyambung copper tape antara copper rod berkenaan, yang jarak antara copper rod 5 meter. Bacaan rintangan yang disarankan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah di bawah kadar 10 ohm adalah yang terbaik. Gambar diambil dari Facebook AHSB. Bagus penerangannya, sila baca. Nah, rakyat marhaen nak beli Earth Resistance Tester ni, seram sejuk dibuatnya. Harga online di shopee dah 800 lebih… yang original. Ada juga yang 200 lebih, palsu ke tu?
b. Memasang Surge Protector Device (SPD) di Distribution Box (DB) rumah kita. Bergantung harap semata-mata kepada MCB, ELCB / RCCB tidak mencukupi katanya dalam hal berkaitan dengan power surge ni. Tembus juga. Even aku dah pasang Automatic Voltage Regulator kepada power supply ke radio aku, hampehh… tetap tembus juga. Namun alat ini mahal, bukan murah. Perlu budget sekitar RM 250. Gambar atas diambil dari penjual di Shopee. Perlu difikirkan juga membeli RCCB jenama yang bagus, jenama cap ayam dalam 50 lebih, jenama cap berjenama dalam 100 lebih… hmmm… duit duit? dimana kau duit…
c. Siapkan duit secukupnya… tak ada duit, apa pun tak boleh… huhu…
Pengajarannya disini langkah persiapan yang sewajarnya perlu difikirkan. Perkara ini akan terjadi lagi dimasa akan datang, berulang dan terus berulang kalau tidak melakukan sesuatu…