Baru-baru ni aku berjaya membuat projek menyambungkan audio dari radio ke PC melalui audio mixer, disamping boleh merakam segala QSO atau apa-apa bunyi yang keluar dari radio di PC, dalam masa yang sama memasang foot PTT Switch, memasang microphone dan memainkan semula apa yang dirakam dan memancarkannya di radio.
Sebagai seorang yang tidak ada latar belakang langsung tentang hal-hal elektronik ni, apabila membuat projek seringkas ini dan berjaya, adalah satu yang membahagiakan kepada diri sendiri. Hasil dari sembang-sembang Teh Tarik dengan Pak Mus 9W2USM tentang pentingnya menggunakan audio transformer yang mengasingkan (isolate) AC current dari alat elektronik kerana yang kita mahukan ialah audio yang bersih.
Dari petang hingga ke malam aku mengerjakannya, membuat solder dan sambungan wire… maklumlah bukan pandai sangat pun… main hentam saja. Namun akhirnya berjaya juga.
Sebenarnya keinginan membuat projek sebegini memang dah lama sejak aku main radio apabila sering mendengar rakan-rakan di HF terutamanya sering membuat playback QSO rakan-rakan yang bertanyakan tentang audio masing-masing di frequensi, selain dari signal report. Rasanya dah dua tahun aku beli audio mixer yang ada ada USB, dimana dengan mudahnya disambungkan ke PC dan secara tak langsung menjadi sound card kepada PC. Baru-baru ini tergerak hati nak membuat dan menyambung semula projek yang tergendala tersebut. Akhirnya berjaya.
Foot PTT Switch juga dah lama dibeli dan tersimpan rapi. Namun oleh kerana projek yang lalu setelah dicuba tak berjaya kerana kekurangan ilmu dan tak berapa pandai elektronik, aku simpan niat tersebut. Banyak dijual dipasaran, makcik-makcik menjahit baju guna mesin jahit elektrik pun guna benda ni juga.
Penyambungan dan solder Audio Transformer
Gambar di bawah ialah penyambungan audio transformer ke kabel untuk connection radio ke mixer. Seperti dinyatakan audio transformer akan membuat kuasa letrik yang tidak kita perlukan yang boleh menyebabkan gangguan atau interference yang tidak kita ingini. Yang kita mahukan ialah audio sahaja dan yang bersih. Mudah membuatnya.
Yang paling mustahak ialah setelah projek siap, membuat adjustment kepada tombol-tombol audio input dan output supaya kualiti audio yang dirakam dan dipancar semula tidak over modulated dan pecah atau terlalu perlahan.
Stereo to Mono
Apa yang menarik lagi ialah audio mixer output adalah dalam stereo. Kita boleh mengambil jalan mudah dengan menyambungkan hanya L atau R sahaja. Namun sekiranya nak lebih mantap, kita boleh convert stereo kepada mono dengan menambah resistor 1000 ohm pada sambungan L dan R dan menyatukan kedua-duanya selepas itu. Rujuk diagram diatas. Menarik untuk dicuba. Bacaan lanjut boleh rujuk link di bawah.
Merakam dan Memainkan semula audio.
Untuk merakam audio di PC, aku menggunakan perisian sumber terbuka iaitu audacity. Agak mudah menggunakan perisian percuma ini.
Begitulah lebih kurang ceritanya sebagai satu catatan dan perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat.
Perkongsian Diagram dari rakan
Seorang sahabat radio, 9W2NQH Mohd Nor telah berkongsi diagram untuk radio beliau, tanpa menggunakan audio mixer. Jelas dari diagram tersebut, diambil power 5v dari radio, namun power berlebihan tersebut harus direndahkan dengan menambah resistor 4.7k ohm. Terima kasih atas perkongsian tersebut.
Gangguan RFI (Radio Frequency Interference)
Penemuan terbaru. Setelah menggunakan beberapa lama, saya dapati masih terdapat bunyi ‘harming’ disebabkan Radio Frequency Interference. Puas mencari maklumat di Youtube, akhirnya saya mendapat penyelesaiannya.
Setelah cuba diagram diatas, ternyata begitu mantap sekali. Setelah menyelongkar kabel yang ada dalam simpanan, akhirnya saya menemui kabel yang dicari-cari untuk memerangi RFI… iaitu braided cable with 2 core…
Saya juga menambah potentiometer supaya rintangannya dapat diubah-ubah sesuai dengan diagram yang saya temui di Youtube seperti gambar diatas.
Demikianlah perkongsian dari saya, mudah-mudahan bermanfaat dan dapat dicuba. Alhamdulillah setelah percubaan demi percubaan akhirnya kualiti audio output ke radio seperti yang dikehendaki tanpa ada bunyi ‘harming’ yang berpunca dari current yang tidak dikehendaki dapat diselesaikan, begitu juga ancaman RFI dapat dihapuskan. Terima kasih dan selamat mencuba.
Rujukan: soundpacket.org dbaudio.com
Audio mixer: Link Shopee. Yang harga sedang-sedang, tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Lebih banyak inputnya, lebih lagilah harganya. Bergantung kepada budget dan kemampuan anda.
audio transformer 600 ohm 1:1. Link Shopee. Boleh beli 10 biji atau 20 biji terus buat simpanan dan sedekah kepada kawan-kawan kalau ada lebih. Murah meriah.
Foot Switch. Link Shopee. Belilah model dan mana yang anda suka. Jangan curi foot switch mesin jahit XYL anda yaaa…