Uncang air minuman dicemari dengan BILLION microplastik

Sumber: Facebook

Terkini, kajian menemui, uncang teh menyebabkan air minuman dicemari dengan BILLION microplastik.

Kebanyakan uncang teh diperbuat daripada kertas, plastik digunakan untuk mengikat / sealed uncang tersebut. Namun kini, ada trend dari sesetengah jenama teh premium menggunakan jaringan plastik istimewa sebagai uncang teh.

Apabila uncang teh ini direndam dalam air panas, bahan plastik ini akan membebaskan serpihan halus mikroplastik yang tidak kelihatan dari mata kasar.

Jumlah microplastik yang ditemui dalam minuman ini adalah jauh lebih TINGGI berbanding botol minuman biasa.

Isu mengenai mikroplastik masih baru dan lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan kesannya kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.

Pengkaji menyarankan agar pengguna memilih produk uncang teh BEBAS PLASTIK 100% atau guna sahaja daun teh asli tanpa uncang.

Rujukan: Plastic Teabags Release Billions of Microparticles and Nanoparticles into Tea
Laura M. Hernandez, Elvis Genbo Xu, Hans C. E. Larsson, Rui Tahara, Vimal B. Maisuria, and Nathalie Tufenkji
Environmental Science & Technology Article ASAP
DOI: 10.1021/acs.est.9b02540
Public Health Malaysia