Sumber: Facebook
Tahukah anda, pada zaman negara jiran Indonesia berjuang mempertahankan kemerdekaan daripada penjajah Belanda dalam Revolusi Indonesia yang telah berlangsung pada tahun 1946-1949 dahulu, seorang anak tani yang berasal daripada Kampung Bukit Pak Silap, Temerloh, Pahang Darul Makmur juga telah berhijrah ke Indonesia dan mengangkat senjata bagi mempertahanan kemerdekaan pertiwi untuk jiran serumpun di Indonesia.
Pemuda yang penuh semangat patriotisme demi nusa dan bangsa ini bernama Encik Hassan Bin Sidek akhirnya telah berjaya menjawat jawatan Kapten Udara Republik Indonesia sepanjang perjuangan beliau disana. Pada tahun 1968, beliau telah pulang selama 14 hari ke kampung asalnya di Kampung Bukit Pak Silap, Temerloh untuk melawat sanak saudara dan rakan sepermainan di kampung halaman sebelum beliau menjadi seorang patriot melawan penjajah di negara jiran serantau.
Kepulangan beliau selama 14 hari di Temerloh telah diambil peluang oleh wartawan Berita Harian untuk mencatat serba sedikit mengenai kisah beliau. Dalam halaman 6, kawat Berita Harian bertarikh 21 Mac 1968.
Pemuda Pahang menjadi Kapten Udara Indonesia
Berita Harian, 21 Mac 1968.
Pemuda Pahang menjadi Kapten udara Indonesia
KEMBALI MENEMUI KELUARGA SA-TELAH 21 TAHUN
Oleh
BUMIPUTERA
SA-ORANG pemuda dari Kampong Bukit Pak Si-lap, Temerloh, Pahang yang meninggalkan negeri ini dalam tahun 1947 dulu telah pulang berchuti sa-lama empat balas hari pada hujong bulan Februari lalu.
Pemuda tersebut, Enche Hassan Bin Sidek meninggalkan kampong halaman dan tanah ayer sa-bagai pemuda biasa tetapi pulang berchuti sa-bagai Kapten Udara Repablik Indonesia. Beliau pulang sa-orang diri ‘sa-bagai merintis jalan’ kata-nya.
Sa-menjak tiga tahun lalu Kapten Hassan bertugas dengan AURI di-Medan,Sumatra. Sejak mula lagi beliau berkhidmat-di bahagian jentera kapal-terbang (Aero-Engineer-ing)
Walaupun tidak berubah sa-telah meninggalkan kam-pong sa-lama lebeh 20 tahun (umor-nya mening-kat 45 tahun sekarang), Kapten Hassan sama se-kali tidak dapat bertutur dalam loghat Melayu. Dia bertutor dalam loghat indonesia tulen.
Pengalaman
Ketika di-tanya bagaimana pengalaman-nya sa-lama 21 tahun di-negara tetang-ga, dengan tenang Kapten Hassan menjawab ‘Wah, hebat sekali.”
Sa-baik sahaja beliau mendarat di-tanah besar Indonesia pada tahun 1947 itu, dia terus di-hantar ka-Padang di-mana dia turut mendaftarkan diri untok berjuang menentang pen-jajahan Belanda.
Soalan pertama yang di-achukan kapada-nya ke-tika hendak mendaftar nama itu ia-lah ‘Saudara bisa mati atau tidak? Kalau takut mati, saudara tidak boleh dudok di Indo-nesia.
Oleh kerana beliau men-jawab: Saya tidak takut mati,’ lantas dia di-terima dan terus di-temu-duga untok bertugas di-bahagi-an Aeromekanik.
Dan kerana di-zaman pe-merentahan Jepun dahulu Kapten Hassan pernah belajar di-sekolah jentera kapal terbang di-Singa-pura,maka dengan senang sahaja permohonan-nya di-luluskan,
Kapten Hassan menerus-kan perbualan-nya deng-an saya di-anjong rumah ibu-nya pada hari kedua tiba-nya di Kampong Bukit Paksilap.
Saya turut berjuang di-da-lam revolusi Indonesia itu dan kembali-nya bertemu keluarga di-sini ada-lah sa-bagai satu tuah dari Tuhan. Sa-benar-nya saya ini boleh di-anggap sa-bagai ‘sisa maut’, kata-nya.
Bertempor
Dengan senyum beliau men-ambah, ‘Saya sudah meng-alami beberapa pertempor-an yang saya sendiri tidak menyangka dapat keluar daripada-nya dan hidup hingga sekarang,’
Peristiwa yang tidak dapat di-lupakan-nya ia-lah ke-tika menjalankan tugas bagi membebaskan Pekan Paya Kumboh dengan satu pasokan sa-ramai hanya 30 orang.
‘Sedang askar Belanda yang mengawal pekan itu ber-jumlah ribuan. Tetapi tugas kami ia-lah menyer-ang untok memusnahkan musoh. Kami tidak di-benarkan pulang sa-lagi musoh belum di-musnah-kan,’ tegas Kapten Has-san.
“Kerana perjuangan ini, Kapten Hassan melanjut-kan cherita-nya’ Saya te-lah di-berikan oleh pe-merentah satu bintang kehormatan tertinggi yang dengan-nya saya di-berikan prioriti (keutama-an) dalam menjalani hidup selanjut-nya.’
Beliau juga di-berikan tem-pat bersemadi di-Makam Pahlawan apabila sampai masa-nya kelak.
‘Mengingat segala2-nya ini,’ tegas Kapten Hassan lagi, ‘Saya bershukor-lah men-jadi ra’ayat Indonesia, kerana saya meninggalkan-nya, sa-olah2 saya meninggalkan – pokok yang saya tanam dengan susah payah dan sekarang se-dang mengeluarkan buah’.
Kapten Hassan telah ber-umahtangga di-sana dan mempunyai enam orang anak, kesemua-nya se-dang bersekolah.
Apabila saya tanyakan tent-ang isteri-nya, Kapten Hassan menjawab ‘Isteri saya kasar.’
Saya terchengang mendengar jawapan-nya ini. Me-lihat demikian, beliau menerangkan bahawa isteri-nya kasar kerana dia juga tutur mengambil latehan tentera. Tetapi ini tidak berarti dia sa-orang isteri yang kur-ang chekap dalam urusan rumah tangga,’ jelas nya.
Belajar
Kapten Hassan sekarang maseh belajar di-salah sa-buah Akademi Pengajian bahasa2 asing di-Medan. Dia belajar bahasa Jepun, Belanda, Peranchis, dan Jarman. Bahasa Inggeris sudah di-kuasai-nya lebeh dahulu.
‘Ya, ini-lah satu2nya ke-mudahan di-Indonesia. Siapapun bisa belajar tanpa mengira umor,” ka-ta-nya.
Bayaran sekolah chuma lebeh kurang $20 sa-tahun (wang Malaysia) dan pelajaran mudah sahaja di-ikuti kerana masa bekerja di-Indo-nesia ia-lah antara jam 7 pagi hingga 2 petang tiap2 hari.
Mengenai konsep pelajaran di-Indonesia, Kapten Has-san menerangkan bahawa di-Indonesia orang tidak mendapatkan ilmu untok menchapai hidup yang lumayan.
Orang Indonesia belajar sa-mata2 untok mendapat-kan ilmu kerana mening-gikan ilmu itu sendiri bagi ra’ayat dan negara. Sebab ilmu itu ada-lah di-pand-ang sa-bagai satu2-nya yang dapat membangun-kan sa-buah negara ka-arah kemajuan. Tegas-nya ilmu itu sa-bagai asset kapada negara’.
Sa-lama berada di-kampong, Kapten Hassan tidak put-us2 di-kunjongi oleh sau-dara mara-nya. Beberapa orang di-antara-nya ha-nya bertutor dengan leleh-an ayer mata. Barangkali gembira.
Sahabat-nya juga telah mengadakan satu majlis keraian kechil di-dewan UMNO Temerloh.
Beliau telah berlepas semula ka-Medan melalui lapang-an terbang Subang pada 5 Mach lalu.
Kredit : The Interesting Historical Facts of Malaysia