Penyelarasan Pencen – Penjelasan Tentang Keputusan Mahkamah Tinggi

Olih Mej Hj Mior Rosli bin Mior Mohd Jaafar,Presiden PSPRM -8 Dis 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Veteran ATM dan mereka yang sentiasa menyokong keatas perjuangan kami.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf bagi pihak Peguam kami, Tuan Haniff Katri atas keputusan Mahkamah Tinggi kerana menetapkan tarikh baru bagi pendengaran/perbicaraan kes tuntutan penyelarasan pencen kita di Mahkamah Tinggi semalam. Oleh kerara masih ramai yang masih tidak faham apakah keputusan mahkamah semalam (7.12.2023), saka saya terpanggil untuk memberi penjelasan sekali lagi supaya kita tidak mula meyalahkan mana-mana pihak sama ada pihak defenden mahupun pihak mahkamah.

Apa yang sebenarnya berlaku, pada pada 1hb Disember 2023 (hari jumaat) pihak Peguam Negara telah membuat hujahan bertulis (60 muka surat) kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Sesalinan hujah tersebut hanya sampai di maje peguam kita pada hari Isnin (4hb Disember 2023) dan Peguam kita hanya dapat membaca sepenuhnya pada hari berikutnya (5hb Disember 2023). Peguam kita mendapati bahawa Hujahan Peguam Negara tersebut perlu di jawab tetapi kajian perlu juga di buat. Oleh kerana hanya ada satu (1) hari sahaja untuk tarikh hari pendengaran/perbicaraan (7 Disember 2023), maka Peguam kita tidak ada pilihan lain dari memohon untuk tarikh perbicaraan/pendengaran di tangguhkan. Oleh kerana mahkamah tinggi bolem melihat jadual mahkamah sepenuhnya, mahkamah telah meluluskan penangguhan ke tarih yang baru iaitu pada 23hb Ogos 2024. Saya juga mohon maaf kerana tidak membatalkan perhimpunan para Veteran kerana ada yang telah menempah bas, tiket dan ada yang berkerja telah ambil cuti dan kita juga telah membuat Baju-T khas untuk araca tersebut.

Alhamdulillah, semalam semasa perbicaraan secara Zoom diantara Peguam kita, peguam negara, dan Hakim dari pejabat masing, Hakim Mahkamah Tinggi KL terkejut dengan kehadiran ribuan para veteran ATM di luar mahkamah semalam. Atas budicara Hakim, beliau telah menetapkan tarikh pendengaran/pembicaraan baru yang lebih awal iaitu pada 5hb Februari 2024. Saya juga berterima kasih kepada Tuan Peguam kita yang sanggup datang ke perhimpunan kita di Mahkamah dari pejabatnya di Kota Damansara untuk memberi penerangan mengenai apa yang belaku dan juga prosidiur mahkamah. Terima kasih Tuan Haniff Katri.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan kepada semua veteran ATM dan penyokong perjuangan kami, samaada mereka ahli PSPRM atau tidak bahawa Tuan Haniff Katri sanggup mewakili kita secara percuma (Pro Bono). Tetapi perlu saya nyatakan disini untuk membawa kes ke pengadilan mahkamah bukanlah percuma. Banyak kos yuran, mahkamah, kos stationary, kos perkerja dan kos lain-lain perlu di bayar. Adalah tidak adil jika kita bebankan semua kos ini kepada Tuan Haniff Katri dan syarikat guamannya 100%. Begitu juga kami di PSPRM juga perlu ada kewangan untuk bergerak. Saya sendiri sanggup berhenti berkerja dan memperjuangkan nasib veteran ATM ini sepenuh masa secara fisabilillah. Jika saya berkerja dan makan gaji pastinya majikan saya akan pecat saya kerana saya terpaksa memberi tumpuan kepada PSPRM 24 jam.

Oleh kerana itu saya dengan penuh ikhlas merayu kepada semua veteran dan penyokong PSPRM untuk menderma semampu yang boleh kepada PSPRM supaya kita dapat menampung kos Peguam kita dan mengerakkan PSPRM. Dermalah kepada kami melalui Akaun PSPRM kami, di CIMB 8605334787.

Saya, dengan ikhlas ingin memaklumkan kepada semua baha PSPRM termasuk diri saya, kami tidak ada apa-apa agenda peribadi malainkan untuk memperjuangkan nasib dan mengenangkan jasa veteran ATM kita yang telah sanggup bergadai nyawa dan sanggup meninggalkan anak dan Isteri demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara dan rakyat nya. *Kami juga sedang mencadangkan untuk menjemput persara-pesara dari PDRM untuk bersama-sama kami dan memperjuangkan nasib persara polis yang juga satu ketika du bersama-sama kami bergadai nyawa untuk mempertahankan keselamatan dan keamanan negara ini. Saya juga menjemput Isteri/Suami/Anak/Menatu/cucu veteran ATM dan Persara PDRM untuk menjadi ahli PSPRM supaya nasib kita dan keluarga kita, termasuk mereka yang akan bersara akan terbela dan hidup bahagia. Kita masih mempunyai kekuatan pisikal atau mental untuk membantu kerajaan negeri dan pusat untuk membanggunkan negara ini InsyaAllah. Marilah kita bersatu dan hindarkan perselisihan diantara kita. Marilah kita banggunkan negara ini demi Anak cucu dan jenerasi kita akan datang. Banyak lagi perrancangan yang belum saya umumkan selain dari isu pencen kita.

Saya juga ingin memberi tahu kepada kerajaan bahawa kami bukannya laibiliti atau musuh kepada kerajaan tetapi kami adalah kawan dan aset yang bernilai. Kami tidak ada ajenda politik kepartian tetapi kami berani menegur siapa sahaja yang kami lihat tidak betul dan yang akan merosakkan negara dan paradigma rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Sekian buat pendahuluan dari saya.
Wassallam dan Salam Sejahtera.

Yang Benar dan Ikhlas

*Mejar Mior Rosli TUDM (Bersara), J.S.D; P.J.M; LLM; MSc HRD; LLB; Dip Pub Adm; Dip Pol Sc.
Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM).

TOLONG VIRALKAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN, VETERAN ATM KHASNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA.