Solusi Kepada Masalah

Sumber: Facebook Karlz Kampau

1. Ramai orang sama ada pembaca pages ini atau orang awam di luar sana bertanya kepada saya apa solusi dan apa perlu dilakukan jika mereka ditakdirkan terjerat menjadi mangsa penipuan kartel peguam.2. Suatu ketika dulu, sangat mudah untuk mengatasi masalah ini kerana kartel peguam tidak menyediakan perlindungan atau kawalan ke atas diri mereka, jika suatu tindakan diambil ke atas pihaknya.
3. Dahulu cara dan kaedah popular yang diguna pakai oleh kartel dan kaedah ini terbukti sangat efisien kerana ramai dikalangan mangsa takut untuk membuat aduan kepada pihak berwajib, dahulu mereka hanya pegang janji lisan tak dilindungi dengan dokumen bersurat.
4. Akan tetapi apabila kes penipuan semakin kerap terjadi, dan ada dikalangan mangsa mula berani untuk membuat aduan kepada pihak berwajip seperti PDRM, SPRM dan Malaysian Bar. Kartel peguam mula mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.
5. Justeru, kaedah terbaru yang digunapakai oleh kartel peguam dan ia sangat efektif adalah memberi penerangan atau janji lisan yang berbeza dengan apa yang dizahirkan secara dokumen bertulis.
6. Kartel peguam seperti ini akan memberi taklimat, penerangan dan/atau akujanji lisan bahawa peguam cuma ambil 25% – 30% dari duit pampasan. Hari ini disebabkan wujud peningkatan kos yang ketara, hampir semua peguam telah menaikkan yuran guaman dari 20% kepada 25% – 30%.
7. Jika anda terjumpa lagi peguam yang menawarkan yuran guaman nilai bawah nilai 25%, anda kena lebih berhati-hati, kena baca pakai kanta pembesar kerana 100% mangsa terjerat dengan tawaran sebegini, nampak murah tapi sebenarnya lagi menghisap darah.
8. Apa yang dizahirkan secara akujanji lisan tidak sama dan berbeza dengan apa yang tersurat dalam zahir berbentuk dokumen. Akujanji lisan kata PEGUAM CUMA AMBIL 25% – 30% TANPA ADA LAGI CAJ KOS TAMBAHAN. Tetapi apa yang ada dalam pengzahiran dokumen bersurat jelas tertulis SAYA/KAMI SETUJU MEMBAYAR 25% – 30% KEPADA PEGUAM BERSAMA KOS FAIL YANG AKAN DINYATAKAN KELAK.
9. Jadi soalan saya, antara akujanji lisan berbanding akujanji bertulis dan berdokumentasi ini, yang mana akan dan/atau patut diterima pakai untuk dilaksanakan ketika proses melaksanakan janji itu perlu dilakukan? Ramai pembaca mungkin dapat menjawab soalan ini dengan mudahkan.
10. Dalam proses perundangan, Akta Keterangan, dan Akta Kontrak. Ada cara, kaedah dan peringkat menyukat kekuatan dan kebolehterimaan sesuatu pengataan akujanji atau kontrak. Jadi sudah tentu akujanji yang dibuat secara berdokumen dan bertulis ini akan diterima sepenuhnya dan janji lisan akan diketepikan kerana lemah dan tidak dapat dibuktikan.
11. Jadi kepada sesiapa bertanya akan solusi dan apa jalan jika telah terjerat dalam penipuan kartel tadi? Sudah tentu dapat jawapannya di sini.
12. Solusinya cuma tinggal kepada keberanian kamu untuk membuat bantahan, protest dan tuntut hak kamu dengan apa sahaja cara sehingga peguam dapat mempertimbangkan untuk memberi diskaun kepada bil guaman yang diberikan kepada anda.
13. Tahniah kepada pembaca yang telah berjaya melalui cara dan kaedah ini sehingga ada sebahagian daripada mereka dapat kembali hak dan duit pampasan yang cuba diambil oleh kartel.
14. Apabila suara anda bingit dan mula kuat kedengaran, sudah tentu kartel akan takut dan mula bimbang. Jadi mereka tiada pilihan lain kecuali berdiplomasi dengan anda. Kesannya anda akan dapat diskaun durian runtuh, jika berani mencabar tanpa rasa takut.
15. Tapi jalan untuk menuntut hak ini tidak mudah, tidak senang dan perlukan pergorbanan. Anda boleh rujuk kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tetapi kes sebegini menuntut pengorbanan masa dan wang ringgit.
16. Kenapa nak ambil langkah yang mahal dan susah, sedangkan ada langkah yang lebih murah dan senang?. Apa langkah murah dan senang itu?:
a) Jangan sain apa dokumen perlantikan peguam selagi anda masih dirawat dan berada di hospital, masa ini fikiran dan emosi anda terjejas teruk;
b) Jangan serah 100% urusan kes kepada orang lain tidak kira siapapun mereka, belajarlah melakukan secara mandiri;
c) Jangan mempercayai 100% akujanji lisan yang dibuat oleh tout/runner atau wakil peguam;
d) Minta peguam tinggalkan dokumen “Warrant To Act” atau apa sahaja dokumen yang perlu anda sain untuk disemak dan diteliti akan isi kandungan satu persatu;
e) Rujuk dokumen itu kepada orang yang arif dan minta pandangannya berhubung kesan isi kandungan dokumen itu;
f) Selepas kamu berpuashati, baru sain dokumen tersebut dan serah semula kepada peguam.
Nota : –
Kebiasaanya mangsa percaya 100% kepada orang terdekat dengannya yang mencadang atau melobi untuk khidmat peguam, sebab itu jarang mangsa itu membaca, menyemak dan meneliti isi kandungan “Warrant To Act”. Banyak mangsa yang sain tanpa membaca. Elakkan sain dokumen seperti dalam gambar di bawah ini, jika tanpa kamu baca, semak dan teliti serta faham akan semua terma kandungannya.