Hari Raya 2024

Koleksi gambar bersama keluarga dan menantu 2024. Alhamdulillah, tahun ini 2024, Hari Raya Aidilfitri hari pertama cukup korum, semua anak ada termasuklah menantu. Namun, petang hari Raya pertama juga, anak sulung mula bergerak ke rumah mertua di Baling Kedah, begitu juga anak kedua bergerak ke rumah nenek sebelah mertua di Alor Gajah, Melaka.

Syukur, hari raya pertama dapat menziarahi satu-satunya kakak aku yang masih hidup, manakala adik aku tak tahu beraya dimana, sama ada di Pahang atau Terengganu tak tahu la. Kami 6 beradik, 3 yang masih hidup, manakala kedua orang tua telah lama meninggal dunia.

Terima kasih anak ku Amirah Syafiqa, telah mengedit gambar-gambar keluarga seperti di bawah.