Berlanjutan daripada pemberitahuan mengenai Simposium Radio Amatur Malaysia 2019 yang julung-julang kali diadakan pada Sabtu, 20 Julai 2019, adalah difahamkan masih terdapat kekosongan tempat untuk rakan-rakan radio Amatur secara individu untuk menyertainya. Mereka yang berminat mestilah mengesahkan kehadiran melalui pautan ini untuk memudahkan pentadibiran penganjur. Walau bagaimanapun, sekiranya tempat telah penuh, difahamkan penganjur akan menutup pendaftaran online tersebut. Oleh itu, jangan buang masa lagi, kepada yang sangat berminat, sila mendaftar dan mengesahkan kehadiran anda seberapa segera. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Selain daripada itu, pihak penganjur akan berusaha sebaik mungkin untuk mengadakan Youtube Live Streaming untuk memberikan peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir kerana tugasan dan sebab-sebab lain untuk mengikutinya secara online. Live streaming tersebut hanya akan aktif apabila acara telah dimulakan. Sila rujuk kepada pautan ini..
Aturcara program yang terkini seperti dibawah:
Masa | Aktiviti |
08.00 pagi | Pendaftaran peserta (Sarapan disediakan) |
09.00 pagi | Majlis Perasmian Bacaan doa Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Ucapan Perasmian oleh Ketua Pegawai Digital MCMC, En. Gerard Lim Kim Meng |
09.20 pagi | Rehat / Minum pagi |
09.30 pagi | Sesi 1
Topik 1 : Kawalselia dan Pembangunan Radio Amatur Malaysia Topik 2 : Sumbangan dan Khidmat Radio Amatur di Malaysia Penceramah : Abdul Aziz Noor (9M2AU), Dato’ Zullkiffely Bin Darus (9W2TQ) |
10.30 pagi | Sesi 2
Topik 3 : Kesedaran Serta Promosi Radio Amatur Kepada Masyarakat Topik 4 : Peranan dan Pentingnya Ilmu Radio Amatur di dalam Sistem |
11.30 pagi | Sesi 3
Topik 5 : Peranan Persatuan untuk Menaikkan Bidang Radio Amatur di Penceramah : Ir. Mohd Aris Bernawi (9M2IR), Presiden Malaysian Amateur Radio Moderator : Mohd Ashwar bin Abdul Aziz (AJK Simposium) Topik 6 : Bicara Minda – Bagaimana Radio Amatur Malaysia untuk Maju ke (Terbuka kepada hadirin untuk memberi pendapat – had masa 5 minit Moderator : Mohd Ashwar bin Abdul Aziz (AJK Simposium), Salamon Ali |
1.00 petang | Rehat / Makan tengahari |
2.00 petang | Sesi 4
Soal dan Jawab Panel : Mohd Ashwar bin Abdul Aziz (AJK Simposium), Salamon Ali Rizal |
3.30 petang | Sesi 5
Penggulangan isu-isu dan cadangan simposium oleh AJK Simposium |
4.15 petang | Sesi Perasmian PenutupUcapan Perasmian Penutup oleh Pengerusi Jawatankuasa Simposium |
4.30 petang | Minum petang |
5.00 petang | Majlis bersurai |