Sumber: Facebook MARTS
Sekali lagi pada tahun ini, CQ Merdeka akan dianjurkan lagi sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun. Berbeza dari tahun lalu yang mana CQ dilakukan sepanjang bulan, kali ini pendekatan yang diambil oleh MARTS selaku penganjur ialah selama 3 hari sahaja bermula 30 Ogos hingga 1 September sahaja.
Adalah difahamkan, sebanyak 15 Special Callsign dengan Prefix 9M62 dimohon kepada MCMC dengan penyertaan oleh persatuan atau kelab setiap negeri dan Wilayah Persekutuan. Seperti tahun yang lalu, dijangka persaingan sengit akan berlaku oleh setiap special callsign tersebut untuk mendapatkan jumlah CQ yang terbanyak sama ada dalam mode voice atau digital di setiap band amatur radio. Sudah tentu selain dari keterujaan merekodkan CQ menggunakan logging software dari stesen tempatan dan stesyen dari nusantara yang berhampiran, tumpuan juga akan diberikan kepada mana-mana stesyen yang lebih jauh seperti dari Eropah, Benua Amerika dan timur jauh seperti Jepun. Keseronokan ini lebih terserlah apabila CQ tersebut telah di confirmkan oleh stesyen yang berkenaan di qrz.com dan lebih terasa ‘gegarannya’ apabila menerima QSL card melalui pos.
Kepada rakan-rakan Radio Amatur yang belum pernah merasai ‘nikmat’ CQ sebegini terutamanya mendengar dari stesyen-stesyen DX dalam mode SSB di High Frequency, inilah peluang keemasan yang harus direbut untuk mempelajarinya dari rakan-rakan yang begitu teruja terhadap salah satu aktiviti sukan radio seperti ini. Adalah diharapkan aktiviti seperti ini akan lebih menyemarakkan aktiviti ham radio sempena semaraknya Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun. Untuk rakan yang tidak dapat mengikuti sama dalam persatuan atau kelab yang menyertai, sentiasalah memantau dan merespon panggilan yang akan dibuat selama 3 hari tersebut untuk merekodkan CQ anda terhadap semua special callsign tersebut. Sila ikuti 9MDXC untuk perkembangan terkini.
Sayangi Malaysiaku. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 62 tahun!!